{"id":17648,"date":"2026-11-07T09:16:06","date_gmt":"2026-11-07T09:16:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17648"},"modified":"2026-11-07T09:16:06","modified_gmt":"2026-11-07T09:16:06","slug":"mmm-sedia-jadi-orang-tengah-selesaikan-isu-pekerja-utusan-dan-kosmo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mmm-sedia-jadi-orang-tengah-selesaikan-isu-pekerja-utusan-dan-kosmo\/","title":{"rendered":"MMM sedia jadi orang tengah selesaikan isu pekerja Utusan dan Kosmo!"},"content":{"rendered":"<p>Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa Media Mulia Sdn Bhd mengambil tindakan segera bagi memberikan kepastian kepada pekerja yang terjejas susulan penilaian semula model perniagaan syarikat penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.<\/p>\n<p>MMM berkata, komitmen pengurusan untuk menilai semula operasi perniagaan perlu disusuli langkah konkrit bagi menamatkan ketidaktentuan berpanjangan yang memberi kesan kepada mata pencarian serta masa depan pekerja.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan hari ini, MMM mengakui Media Mulia dan industri media secara keseluruhannya berdepan tekanan kewangan, namun keadaan itu tidak seharusnya mengabaikan kebajikan serta hak pekerja.<\/p>\n<p>\u201cSemua pekerja terjejas perlu diberikan maklumat bertulis yang jelas mengenai status pekerjaan mereka, tempoh masa terlibat dan pilihan tersedia kepada mereka,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MMM turut menegaskan sebarang keputusan berkaitan penstrukturan tenaga kerja perlu mematuhi undang-undang pekerjaan, terma kontrak serta prinsip keadilan dan ketelusan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, pihak pengurusan digesa mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pekerja bagi menjelaskan pilihan yang sedang dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Menurut MMM, sekiranya isu prestasi individu dijadikan asas kepada tindakan terhadap pekerja, mereka perlu dimaklumkan mengenai kelemahan dikenal pasti dan diberikan peluang munasabah untuk menjelaskan keadaan serta memperbaiki prestasi.<\/p>\n<p>Pekerja juga wajar diberikan bimbingan, sokongan dan tempoh mencukupi sebelum sebarang keputusan yang boleh menjejaskan kedudukan pekerjaan mereka dibuat.<\/p>\n<p>MMM dalam masa sama menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan Media Mulia, pekerja dan pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian yang dapat menjamin kelangsungan syarikat tanpa mengorbankan kebajikan tenaga kerjanya.<\/p>\n<p>\u201cKelangsungan organisasi media dan perlindungan pekerja media tidak seharusnya dilihat sebagai dua keutamaan yang saling bertentangan. Kedua-duanya sama penting bagi masa depan kewartawanan di Malaysia,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Isu penstrukturan Media Mulia sebelum ini turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat pada Khamis lalu.<\/p>\n<p>Pertemuan itu turut dihadiri wakil MMM bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik untuk melindungi kebajikan pengamal media yang terjejas.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyatakan kesediaan meneroka penyelesaian bagi memastikan mata pencarian pekerja media terbabit terus dilindungi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Media Malaysia (MMM) menggesa Media Mulia Sdn Bhd mengambil tindakan segera bagi memberikan kepastian kepada pekerja yang terjejas susulan penilaian semula model perniagaan syarikat penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!. MMM berkata, komitmen pengurusan untuk menilai semula operasi perniagaan perlu disusuli langkah konkrit bagi menamatkan ketidaktentuan berpanjangan yang memberi kesan kepada mata pencarian serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17410,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5492,902,231,2385,446,2281],"authors":[],"class_list":["post-17648","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kosmo","tag-majlis-media-malaysia","tag-media","tag-mmm","tag-pekerja","tag-utusan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17648","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17648"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17648\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17649,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17648\/revisions\/17649"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17648"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17648"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17648"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17648"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}