{"id":17654,"date":"2026-11-07T12:58:07","date_gmt":"2026-11-07T12:58:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17654"},"modified":"2026-11-07T12:58:14","modified_gmt":"2026-11-07T12:58:14","slug":"isu-tahanan-rumah-najib-peguam-negara-mohon-menghadap-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-tahanan-rumah-najib-peguam-negara-mohon-menghadap-agong\/","title":{"rendered":"Isu tahanan rumah Najib, Peguam Negara mohon menghadap Agong"},"content":{"rendered":"<p>Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan pertikaian undang-undang berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Permohonan itu dibuat susulan kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib selepas beliau membayar denda RM50 juta, namun dihantar semula ke Penjara Kajang beberapa jam selepas dibawa keluar semalam.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan pertikaian antara barisan peguam Najib, penyokongnya dalam UMNO dan Jabatan Peguam Negara (AGC), khususnya berhubung tafsiran perintah pengampunan serta kesan pembayaran denda terhadap tempoh hukuman penjara yang sedang dijalani.<\/p>\n<p>Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Peguam Negara akan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan persoalan perundangan yang timbul susulan perintah pelepasan Mahkamah Tinggi semalam.<\/p>\n<p>&#8220;Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengesahkan telah meminta Mohd Dusuki segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan penjelasan mengenai kedudukan undang-undang berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah meminta Peguam Negara supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan dengan penuh hormat mengapa keputusan itu diterima dalam kes SRC, tetapi terdapat kerumitan kerana ia turut melibatkan kes kedua, iaitu kes 1MDB,&#8221; katanya ketika menghadiri satu majlis di Shah Alam hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertitah sebarang hujah yang mempertikaikan pengampunan bersyarat terhadap Najib boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, AGC menegaskan pihaknya tidak pernah ingkar terhadap perintah pengampunan yang diberikan kepada bekas presiden UMNO itu.<\/p>\n<p>Sebaliknya, AGC menjelaskan terdapat dua kemungkinan implikasi undang-undang susulan perintah pelepasan Mahkamah Tinggi, khususnya berkaitan hubungan antara hukuman dalam kes SRC International dan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<\/p>\n<p>Menurut AGC, sekiranya hukuman dalam kes SRC International masih berkuat kuasa, pelaksanaan baki hukuman perlu diteruskan selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat.<\/p>\n<p>Namun, sekiranya hukuman SRC International sudah selesai dari sudut undang-undang, mahkamah perlu menentukan kesannya terhadap tarikh permulaan hukuman penjara bagi kes 1MDB.<\/p>\n<p>&#8220;Kedua-dua kemungkinan ini mempunyai implikasi undang-undang yang berbeza dan tidak sewajarnya diputuskan berdasarkan andaian atau tafsiran sebelah pihak,&#8221; menurut AGC.<\/p>\n<p>AGC turut menolak dakwaan tindakan mendapatkan penjelasan undang-undang itu bertujuan mengambil alih atau melaksanakan kuasa pengampunan yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Pertikaian itu kini tertumpu kepada tafsiran kesan perintah pengampunan bersyarat terhadap dua kes berasingan yang membabitkan Najib, sekali gus menjadikan penjelasan pihak berkuasa dan keputusan mahkamah penting bagi menentukan kedudukan hukuman seterusnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan pertikaian undang-undang berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Permohonan itu dibuat susulan kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib selepas beliau membayar denda RM50 juta, namun dihantar semula ke Penjara Kajang beberapa jam selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3532,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,265,13,1779,121,342,122,18,90,865],"authors":[],"class_list":["post-17654","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-agong","tag-anwar","tag-mohd-dusuki-mokhtar","tag-najib","tag-peguam-negara","tag-penjara","tag-pmx","tag-sultan-ibrahim","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17654","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17654"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17654\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17655,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17654\/revisions\/17655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3532"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17654"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17654"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17654"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17654"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}