{"id":1768,"date":"2025-07-25T03:34:08","date_gmt":"2025-07-25T03:34:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1768"},"modified":"2025-07-25T03:34:08","modified_gmt":"2025-07-25T03:34:08","slug":"igp-beri-jaminan-polis-pastikan-perhimpunan-esok-berjalan-lancar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/igp-beri-jaminan-polis-pastikan-perhimpunan-esok-berjalan-lancar\/","title":{"rendered":"IGP beri jaminan polis pastikan perhimpunan esok berjalan lancar"},"content":{"rendered":"<p>Pihak polis akan mengambil langkah menjaga keselamatan orang ramai yang hadir pada perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Merdeka.<\/p>\n<p>Jaminan tersebut diberikan Ketua Polis Negara (IGP), Mohd Khalid Ismail yang memberi komitmen pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib selaras dengan nilai-nilai demokrasi negara.<\/p>\n<p>\u201cPDRM komited memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat, dan menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.<\/p>\n<p>\u201cSegala bentuk kerjasama daripada semua pihak amat dihargai agar suasana harmoni dapat dikekalkan sepanjang tempoh perhimpunan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan para peserta supaya sentiasa peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada serta bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan di kawasan sekitar.<\/p>\n<p>\u201cAdalah menjadi harapan kami agar setiap suara yang dizahirkan dapat disampaikan dalam suasana yang saling menghormati dan berlandaskan nilai kesopanan serta adab masyarakat Malaysia,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Bagi masyarakat yang tidak terlibat secara langsung, Mohd Khalid menyarankan agar orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menyemak maklumat trafik semasa bagi mengelakkan kesulitan atau kelewatan, memandangkan aliran trafik dijangka mengalami sedikit perubahan sepanjang perhimpunan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau menegaskan PDRM akan terus memastikan keselamatan awam terpelihara tanpa menafikan hak kebebasan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKami percaya bahawa perimbangan antara hak demokrasi dan pemeliharaan undang-undang boleh dicapai melalui kerjasama erat serta rasa tanggungjawab bersama,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak polis akan mengambil langkah menjaga keselamatan orang ramai yang hadir pada perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Merdeka. Jaminan tersebut diberikan Ketua Polis Negara (IGP), Mohd Khalid Ismail yang memberi komitmen pihak berkuasa menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib selaras dengan nilai-nilai demokrasi negara. \u201cPDRM komited [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1769,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[626,627,1028,94,829],"authors":[],"class_list":["post-1768","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-igp","tag-mohd-khalid-ismail","tag-perhimpuna","tag-polis","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1770,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1768\/revisions\/1770"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1769"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1768"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}