{"id":17690,"date":"2026-11-09T03:32:16","date_gmt":"2026-11-09T03:32:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17690"},"modified":"2026-11-09T03:32:16","modified_gmt":"2026-11-09T03:32:16","slug":"jangan-mahu-kuasa-tetapi-lawan-rakan-sendiri-mahfuz-bidas-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-mahu-kuasa-tetapi-lawan-rakan-sendiri-mahfuz-bidas-umno\/","title":{"rendered":"Jangan mahu kuasa tetapi lawan rakan sendiri, Mahfuz bidas UMNO"},"content":{"rendered":"<p>UMNO perlu membuat keputusan jelas mengenai hala tuju politiknya, termasuk memilih sama ada mahu terus bersama Kerajaan Madani atau membina kerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN), kata Amanah.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berkata UMNO tidak sepatutnya terus menikmati kuasa dalam kerajaan Persekutuan sedangkan pada masa sama membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu berani menerima implikasi politik sekiranya memilih PAS dan PN sebagai rakan untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>&#8220;Saya berpandangan sudah tiba masanya UMNO-BN membuat keputusan yang jelas.<\/p>\n<p>&#8220;Jika mereka lebih selesa menjadikan PAS dan PN sebagai rakan politik untuk menghadapi PH, mereka perlu berani menerima implikasi daripada pilihan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan terus menumpang kuasa di Putrajaya sambil membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan rakan kerajaan sendiri,&#8221; katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Mahfuz turut membangkitkan tindakan UMNO yang menurutnya sudah tiga kali menunjukkan kecenderungan bekerjasama dengan PN dalam pilihan raya negeri (PRN), meskipun parti itu masih mempunyai kedudukan penting dalam Kerajaan Madani.<\/p>\n<p>Keadaan itu disifatkan lebih janggal apabila Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka mengkritik kepimpinan Anwar.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, UMNO sepatutnya menentukan sendiri kedudukannya dalam kerajaan dan tidak perlu menunggu Anwar mengambil tindakan mengeluarkan parti itu daripada Kabinet.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang berkata, tindakan UMNO itu seolah-olah meletakkan Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, sedangkan parti berkenaan sendiri dilihat sedang mencari haluan politik berbeza.<\/p>\n<p>&#8220;Jika sudah tidak sehaluan, keluarlah dengan bermaruah. Jika sudah memilih jalan lain, beranilah mengaku.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan terus menumpang kuasa di Putrajaya sambil mengatur percaturan politik bersama pihak yang mahu menumbangkan Kerajaan Madani,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kerjasama politik antara UMNO-BN dengan PH terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Kerjasama itu bagaimanapun berdepan pelbagai cabaran susulan perbezaan pendirian politik, khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri dan persaingan mendapatkan sokongan pengundi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO perlu membuat keputusan jelas mengenai hala tuju politiknya, termasuk memilih sama ada mahu terus bersama Kerajaan Madani atau membina kerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN), kata Amanah. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berkata UMNO tidak sepatutnya terus menikmati kuasa dalam kerajaan Persekutuan sedangkan pada masa sama membina kekuatan politik bersama pihak yang mahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13435,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,275,3300,727,126,146],"authors":[],"class_list":["post-17690","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-pakatan-harapan","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17690","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17691,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17690\/revisions\/17691"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13435"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17690"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}