{"id":17694,"date":"2026-11-09T03:36:32","date_gmt":"2026-11-09T03:36:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17694"},"modified":"2026-11-09T03:36:32","modified_gmt":"2026-11-09T03:36:32","slug":"perintah-tahanan-rumah-najib-dipersoal-siapa-sediakan-draf-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perintah-tahanan-rumah-najib-dipersoal-siapa-sediakan-draf-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Perintah tahanan rumah Najib dipersoal, siapa sediakan draf? &#8211; Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kualiti penggubalan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, susulan terdapat beberapa percanggahan ayat yang didakwa boleh menimbulkan kekeliruan.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu itu menyifatkan isu berkenaan bukan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya melibatkan kejelasan kandungan perintah mahkamah yang disifatkan tidak kemas dan sepatutnya disemak dengan teliti sebelum dikeluarkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, dokumen berkenaan boleh menimbulkan tanggapan seolah-olah ia bukan dokumen rasmi apabila dibaca buat kali pertama, terutama apabila terdapat penggunaan perkataan yang bercanggah dalam arahan berkaitan lokasi Najib perlu menjalani baki hukumannya.<\/p>\n<p>&#8220;Ini Perintah Mahkamah. Bukankah sepatutnya disemak berulang kali sehingga tiada sebarang kesalahan? Nak buat surat rasmi tanpa sebarang arahan pun kita semak berulang kali,&#8221; katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.<\/p>\n<p>Tun Faisal turut membangkitkan penggunaan perkataan &#8216;or to&#8217; dalam dokumen berkenaan yang muncul selepas arahan supaya Najib kembali ke Penjara Kajang atau penjara lain ditetapkan Komisioner Jeneral Penjara.<\/p>\n<p>Katanya, susunan ayat itu menimbulkan percanggahan apabila dokumen sama turut menyebut pilihan untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.<\/p>\n<p>Beliau mengemukakan beberapa kemungkinan, termasuk kesilapan penyuntingan atau terjemahan, penggunaan teks daripada dokumen lain tanpa penyelarasan sempurna atau kemungkinan ia disengajakan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menggesa penjelasan diberikan mengenai pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf perintah berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau Peguam Negara pun mempertikaikannya, adakah bermaksud yang membuat draf ini bukan daripada pihak kerajaan?&#8221; soalnya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Tun Faisal berpandangan persoalan lebih besar yang perlu dijawab ialah mekanisme pelaksanaan tahanan rumah, termasuk perbezaannya dengan hukuman penjara biasa.<\/p>\n<p>Beliau mahu pihak berkaitan menjelaskan peraturan kehidupan harian Najib sepanjang menjalani tahanan rumah, termasuk pergerakan, aktiviti yang dibenarkan, kunjungan pelawat serta pihak yang bertanggungjawab memantau pematuhan syarat berkenaan.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau turut meminta penjelasan mengenai syarat khusus yang dikenakan terhadap Najib sepanjang menjalani baki hukuman di rumah, selain kewajipan membayar denda.<\/p>\n<p>Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbul pertikaian mengenai pelaksanaan titah adendum yang dikaitkan dengan pengampunan Najib, yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana SRC International. Perkembangan berkaitan titah adendum dan pelaksanaan tahanan rumah mencetuskan perdebatan mengenai kuasa pengampunan, proses perundangan serta mekanisme penguatkuasaan hukuman.<\/p>\n<p>Tun Faisal berpandangan persoalan yang dibangkitkan itu perlu dijawab secara terbuka supaya rakyat memahami kedudukan sebenar dan pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan kualiti penggubalan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, susulan terdapat beberapa percanggahan ayat yang didakwa boleh menimbulkan kekeliruan. Ketua Penerangan Bersatu itu menyifatkan isu berkenaan bukan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya melibatkan kejelasan kandungan perintah mahkamah yang disifatkan tidak kemas dan sepatutnya disemak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,121,1078,1016,865,2999],"authors":[],"class_list":["post-17694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-najib","tag-penerangan","tag-perintah-mahkamah","tag-tahanan-rumah","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17694"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17695,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17694\/revisions\/17695"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17694"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}