{"id":1771,"date":"2025-07-25T03:43:27","date_gmt":"2025-07-25T03:43:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1771"},"modified":"2025-07-25T03:43:27","modified_gmt":"2025-07-25T03:43:27","slug":"himpunan-turun-anwar-kerana-dendam-politik-bukan-kepentingan-rakyat-pkr-tenggara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/himpunan-turun-anwar-kerana-dendam-politik-bukan-kepentingan-rakyat-pkr-tenggara\/","title":{"rendered":"Himpunan &#8216;Turun Anwar&#8217; kerana dendam politik, bukan kepentingan rakyat: PKR Tenggara"},"content":{"rendered":"<p>Himpunan &#8220;Turun Anwar&#8221; yang dirancang pembangkang esok didakwa bukanlah perjuangan untuk rakyat, tetapi sekadar manifestasi dendam politik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Ketua Cabang PKR Tenggara, Fakharuddin Moslim, menegaskan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukan melalui cara tidak demokratik.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan ini bukan milik Anwar Ibrahim seorang, ini kerajaan bersama, hasil gabungan pelbagai parti dan latar ideologi.<\/p>\n<p>\u201cSemua dasar dan keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cMaka, serangan hanya terhadap Anwar secara individu, bukan kerajaan keseluruhan, membuktikan bahawa kerajaan ini berfungsi secara sistematik dan berkesan \u2013 serta serangan itu tidak lebih daripada dendam politik semata-mata,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Tambahnya, pembangkang juga tidak mempunyai cukup jumlah untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Anwar di Parlimen, sekali gus menunjukkan himpunan yang dirancang hanyalah retorik politik untuk kekal relevan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, ujar beliau, serangan terhadap Anwar menerusi himpunan tersebut disifatkan cubaan mengganggu kestabilan politik, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi yang sedang giat dipacu Kerajaan Madani selepas kemelut politik antara tahun 2020 hingga 2022.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fakharuddin berkata, majoriti rakyat tidak mahu demonstrasi jalanan dijadikan alat untuk merebut kuasa politik.<\/p>\n<p>Sebaliknya, menurut beliau, rakyat mahukan penyelesaian terhadap kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan kestabilan ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cBukannya provokasi yang boleh menggugat keamanan hanya kerana mereka tidak mampu terima kenyataan telah ditolak rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengulas mengenai rancangan PAS mengadakan Himpunan Turun Anwar di sekitar ibu negara esok, sebagai manifestasi menolak kepimpinan Anwar yang disifatkan gagal mentadbir negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Himpunan &#8220;Turun Anwar&#8221; yang dirancang pembangkang esok didakwa bukanlah perjuangan untuk rakyat, tetapi sekadar manifestasi dendam politik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Cabang PKR Tenggara, Fakharuddin Moslim, menegaskan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukan melalui cara tidak demokratik. \u201cKerajaan ini bukan milik Anwar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1772,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1029,661,9,18,1030,829],"authors":[],"class_list":["post-1771","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fakharuddin-moslim","tag-perhimpunan","tag-pkr","tag-pmx","tag-tenggara","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1771"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1773,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1771\/revisions\/1773"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1771"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}