{"id":1774,"date":"2025-07-25T03:52:25","date_gmt":"2025-07-25T03:52:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1774"},"modified":"2025-07-25T03:52:25","modified_gmt":"2025-07-25T03:52:25","slug":"datang-ke-perhimpunan-esok-dan-tunjuk-protes-terhadap-kerajaan-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/datang-ke-perhimpunan-esok-dan-tunjuk-protes-terhadap-kerajaan-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Datang ke perhimpunan esok dan tunjuk protes terhadap kerajaan: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang didakwa bukan sahaja gagal memenuhi janji reformasi, malah mengugut dan mendakwa rakyat yang berani membangkang.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan, bekas perdana menteri itu menyifatkan keadaan semasa sebagai &#8220;pencabulan hak asasi rakyat&#8221; ekoran semakin ramai individu biasa disiasat dan didakwa hanya kerana mengkritik kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJanji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli.<\/p>\n<p>\u201cSemakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin menyifatkan pengumuman bantuan RM100 dan potongan kecil harga petrol RON95 sebagai &#8220;tindakan panik&#8221; kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cIni bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cBanyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dipulangkan hanyalah sedikit. Ia sudah terlambat,\u201d tegas Ahli Parlimen Pagoh itu.<\/p>\n<p>Justeru Muhyiddin menyeru esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang menindas rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cSaya memohon pihak polis supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung. Saya juga meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin bagaimanapun meminta orang ramai yang hadir ke perhimpunan esok agar berkelakuan baik dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan.<\/p>\n<p>\u201cJangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam. Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya. Saya dan rakan-rakan pimpinan PN akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok. Ayuh, kita turun beramai-ramai esok! seru beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang didakwa bukan sahaja gagal memenuhi janji reformasi, malah mengugut dan mendakwa rakyat yang berani membangkang. Dalam kenyataan, bekas perdana menteri itu menyifatkan keadaan semasa sebagai &#8220;pencabulan hak asasi rakyat&#8221; ekoran semakin ramai individu biasa disiasat dan didakwa hanya kerana mengkritik kerajaan. \u201cJanji [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[71,1031,309,661,1012,555,829],"authors":[],"class_list":["post-1774","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-muhyiddin","tag-pagoh","tag-parlimen","tag-perhimpunan","tag-rm100","tag-ron95","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1774","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1774"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1774\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1776,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1774\/revisions\/1776"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1774"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1774"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1774"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1774"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}