{"id":17748,"date":"2026-11-10T06:18:24","date_gmt":"2026-11-10T06:18:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17748"},"modified":"2026-11-10T06:18:24","modified_gmt":"2026-11-10T06:18:24","slug":"agc-mahu-semak-semula-perintah-pelepasan-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agc-mahu-semak-semula-perintah-pelepasan-najib\/","title":{"rendered":"AGC mahu semak semula perintah pelepasan Najib"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.<\/p>\n<p>Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata permohonan itu bertujuan memastikan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu.<\/p>\n<p>&#8220;AGC telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini untuk mengkaji semula dan meneliti kembali perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November dan untuk suatu perintah pelepasan yang baharu supaya selaras dengan perintah pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lepas,&#8221; katanya menurut laporan Bernama hari ini.<\/p>\n<p>Berdasarkan semakan sistem mahkamah, permohonan berkenaan dijadual didengar di hadapan Hakim Aslam Zainuddin pada jam 2.30 petang ini.<\/p>\n<p>Pada 6 November lalu, Najib telah melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, AGC pada hari sama memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi membolehkan penelitian dan penjelasan lanjut dibuat berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan yang dikeluarkan mahkamah.<\/p>\n<p>Sepanjang tempoh penangguhan itu, Najib kekal di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa berkaitan.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 7 November lalu menitahkan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Najib perlu dihormati dan dilaksanakan selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan keputusan pengampunan yang diperkenankan menerusi kuasa di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan sebagaimana diputuskan tanpa menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini diberikan pengampunan bersyarat pada 18 September lalu yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.<\/p>\n<p>Beliau, 73, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta sebelum hukuman itu dikurangkan menerusi proses pengampunan.<\/p>\n<p>Permohonan AGC itu kini menjadi perkembangan penting dalam menentukan pelaksanaan perintah tahanan di rumah berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah. Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata permohonan itu bertujuan memastikan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu selaras dengan Perintah Pengampunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":955,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[406,3607,420,1779,811,197,422,865],"authors":[],"class_list":["post-17748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agc","tag-jabatan-peguam-negara","tag-mahkamah-tinggi","tag-mohd-dusuki-mokhtar","tag-najib-razak","tag-perdana-menteri","tag-semakan","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17748"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17749,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17748\/revisions\/17749"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/955"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17748"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}