{"id":17761,"date":"2026-11-10T13:18:20","date_gmt":"2026-11-10T13:18:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17761"},"modified":"2026-11-10T13:18:20","modified_gmt":"2026-11-10T13:18:20","slug":"amk-desak-umno-dedah-penyumbang-rm50-juta-untuk-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-desak-umno-dedah-penyumbang-rm50-juta-untuk-najib\/","title":{"rendered":"AMK desak UMNO dedah penyumbang RM50 juta untuk Najib"},"content":{"rendered":"<p>UMNO diminta segera mendedahkan secara terperinci sumber kutipan RM50 juta yang dikumpulkan bagi membantu membayar denda dikenakan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, pendedahan itu perlu dibuat secara terbuka tanpa perlu menunggu arahan atau permintaan daripada mana-mana pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum ini menjelaskan RM50 juta berkenaan dikumpulkan menerusi pendanaan awam.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, UMNO perlu membuktikan ketelusan kutipan berkenaan dengan mendedahkan identiti penyumbang utama, jumlah sumbangan serta penyata lengkap kutipan dan pembayaran.<\/p>\n<p>\u201cJangan sekadar berkata sedia dedah. Dedahkan segera siapa penyumbang utama, berapa sumbangan mereka dan bentangkan penyata kutipan serta pembayaran,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut Danish, langkah itu penting bagi menepis dakwaan atau persepsi kemungkinan dana berkenaan disumbangkan tokoh korporat atau individu berkepentingan yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.<\/p>\n<p>Katanya, pendedahan secara terperinci dengan rekod yang boleh disemak juga penting bagi memastikan tiada pihak dikaitkan dengan kutipan itu tanpa sebarang bukti.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau mempersoalkan kemungkinan wujud sebarang kepentingan atau tuntutan balas daripada penyumbang sekiranya UMNO terus memainkan peranan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Danish berkata, sumbangan berkenaan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mana-mana pihak mengharapkan projek kerajaan, kontrak atau layanan istimewa pada masa hadapan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat juga mahukan jaminan sumbangan ini tidak datang dengan tuntutan balas sekiranya UMNO terus menerajui Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai penyumbang mengharapkan projek, kontrak atau layanan istimewa atas alasan pernah membantu. Di situlah mula timbul konflik kepentingan dan ruang salah guna kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan sumbangan kepada individu tidak boleh dibalas menggunakan kuasa atau kedudukan dalam kerajaan kerana ia boleh menimbulkan persoalan serius mengenai integriti dan tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cBudi kepada individu jangan dibayar dengan kuasa kerajaan. Apabila kutipan dibuat secara terbuka, pertanggungjawabannya juga mesti terbuka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu kutipan RM50 juta itu mendapat perhatian susulan keputusan mahkamah berhubung hukuman terhadap Najib, termasuk denda yang dikenakan dalam kes berkaitan SRC International.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO diminta segera mendedahkan secara terperinci sumber kutipan RM50 juta yang dikumpulkan bagi membantu membayar denda dikenakan terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, pendedahan itu perlu dibuat secara terbuka tanpa perlu menunggu arahan atau permintaan daripada mana-mana pihak berkuasa. Beliau berkata, Presiden UMNO, Ahmad Zahid [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,414,952,3738,121,865,146],"authors":[],"class_list":["post-17761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-dana","tag-danish-hairudin","tag-derma","tag-najib","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17762,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17761\/revisions\/17762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17761"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}