{"id":17767,"date":"2026-11-11T03:11:17","date_gmt":"2026-11-11T03:11:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17767"},"modified":"2026-11-11T03:11:17","modified_gmt":"2026-11-11T03:11:17","slug":"mat-sabu-mahu-tahanan-rumah-untuk-semua-banduan-serah-gaji-sepenuhnya-kepada-ngo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mat-sabu-mahu-tahanan-rumah-untuk-semua-banduan-serah-gaji-sepenuhnya-kepada-ngo\/","title":{"rendered":"Mat Sabu mahu tahanan rumah untuk semua banduan, serah gaji sepenuhnya kepada NGO"},"content":{"rendered":"<p>Satu mekanisme perundangan perlu diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan baki hukuman melalui tahanan rumah, tertakluk kepada peraturan yang adil, telus serta terpakai kepada semua.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan.<\/p>\n<p>Sebagai tanda komitmen terhadap perjuangan itu, beliau akan menyerahkan keseluruhan gaji bulanannya sebanyak RM11,900 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesaksamaan undang-undang sehingga pembubaran Parlimen penggal ini.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Himpunan Semarak Tani bersama Nelayan Melaka, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menegaskan pendiriannya itu bukan disebabkan sebarang pertikaian peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak atau keluarganya, sebaliknya berlandaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru badan masyarakat sivil termasuk Bersih, Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Syarie supaya bersama-sama menggerakkan usaha mempertahankan prinsip kesaksamaan hak setiap warganegara seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyeru NGO dan seluruh masyarakat sivil agar terus memperjuangkan prinsip kesaksamaan hak setiap warganegara. Sebagai tanda komitmen, saya akan menyerahkan sepenuhnya gaji saya sebagai menteri bagi membantu membiayai usaha badan-badan NGO yang menggerakkan perjuangan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu tahanan rumah menjadi perhatian susulan permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di kediamannya ditolak Mahkamah Tinggi pada 22 Disember 2025 selepas mahkamah memutuskan titah tambahan berkaitan tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan.<\/p>\n<p>Najib, yang merupakan Perdana Menteri keenam dan bekas Presiden UMNO, sedang menjalani hukuman penjara berkaitan kes SRC International. Hukuman asal 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dikurangkan melalui pengampunan diraja pada Februari 2024 kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, Malaysia perlu memastikan undang-undang dilaksanakan tanpa diskriminasi atau keistimewaan terpilih bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap institusi negara.<\/p>\n<p>\u201cPerlembagaan mesti dipertahankan untuk semua dan keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu mekanisme perundangan perlu diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan baki hukuman melalui tahanan rumah, tertakluk kepada peraturan yang adil, telus serta terpakai kepada semua. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan. Sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,275,5591,3424,2345,121,865,146],"authors":[],"class_list":["post-17767","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-amanah","tag-banduan","tag-menteri-pertanian-dan-keterjaminan-makanan","tag-mohamad-sabu","tag-najib","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17767","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17767"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17767\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17768,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17767\/revisions\/17768"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17767"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17767"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17767"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17767"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}