{"id":17769,"date":"2026-11-11T03:15:23","date_gmt":"2026-11-11T03:15:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17769"},"modified":"2026-11-11T03:15:23","modified_gmt":"2026-11-11T03:15:23","slug":"amk-sabah-desak-rombak-kabinet-nilai-kedudukan-menteri-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-sabah-desak-rombak-kabinet-nilai-kedudukan-menteri-umno\/","title":{"rendered":"AMK Sabah desak rombak Kabinet, nilai kedudukan menteri UMNO"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan rombakan Kabinet, termasuk menilai semula kedudukan menteri daripada UMNO sekiranya parti itu terus mengambil pendirian bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan MADANI.<\/p>\n<p>Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya menjadi platform untuk mana-mana parti menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa sama menyerang pentadbiran yang turut disokong mereka.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkembangan politik mutakhir menimbulkan persoalan mengenai kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya selepas beberapa pemimpin UMNO menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dipercepatkan pada September lalu.<\/p>\n<p>Malah, Anwar pada 5 November lalu turut menegur pemimpin parti kerajaan yang menyerang pentadbiran ketika berkempen, sedangkan parti masing-masing mempunyai wakil dalam Kabinet.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa sama menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian,&#8221; katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Zaidi berkata, ketegangan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka turut memperlihatkan cabaran terhadap keutuhan kerjasama politik yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menghormati pendirian Presiden UMNO untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, namun menegaskan kesetiaan kepada kerajaan perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukannya sekadar kenyataan politik.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak menolak perbezaan pandangan, tetapi perbezaan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melemahkan kerajaan yang didukung bersama,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil, berprinsip dan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu kos sara hidup, infrastruktur, pendidikan serta pembangunan negara, khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>Justeru, AMK Sabah berpandangan Anwar tidak perlu teragak-agak melakukan rombakan Kabinet sekiranya langkah itu diperlukan untuk memperkukuh pentadbiran negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kepentingan rakyat mesti mengatasi kepentingan parti. Reformasi tidak boleh menjadi tebusan kepada percaturan politik mana-mana pihak.<\/p>\n<p>&#8220;Jika tidak lagi sehaluan, berilah laluan. Negara memerlukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar mempertahankan kedudukan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan rombakan Kabinet, termasuk menilai semula kedudukan menteri daripada UMNO sekiranya parti itu terus mengambil pendirian bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan MADANI. Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya menjadi platform untuk mana-mana parti menikmati kuasa dan jawatan, tetapi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,235,285,9,554,102,146,5592],"authors":[],"class_list":["post-17769","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-kabinet","tag-madani","tag-pkr","tag-rombak","tag-sabah","tag-umno","tag-zaidi-jatil"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17769","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17769"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17769\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17770,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17769\/revisions\/17770"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17769"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17769"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17769"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17769"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}