{"id":1780,"date":"2025-07-25T06:37:50","date_gmt":"2025-07-25T06:37:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1780"},"modified":"2025-07-25T06:37:50","modified_gmt":"2025-07-25T06:37:50","slug":"rafizi-minta-pmx-pandang-serius-dalam-isu-membabitkan-farhash","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-minta-pmx-pandang-serius-dalam-isu-membabitkan-farhash\/","title":{"rendered":"Rafizi minta PMX pandang serius dalam isu membabitkan Farhash"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa memandang serius kontroversi membabitkan bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador bagi mengelakkan ia menjadi beban besar kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata keyakinan terhadap pentadbiran walaupun serius dalam menangani isu rasuah tidak akan berjaya sekiranya timbul isu-isu kontroversi membabitkan individu yang rapat dengan pimpinan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJika Perdana Menteri rasa pelik kenapa sambutan rakyat tidak segah usaha-usaha yang sedang dilakukan, ia bermakna ada perkara lain yang mungkin mencacatkan usaha-usaha itu di mata rakyat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, rakyat masih belum yakin sepenuhnya dengan kempen antirasuah kerajaan, meskipun pelbagai inisiatif pentadbiran Madani telah dijalankan.<\/p>\n<p>Rafizi merujuk kepada tuduhan terbaru melibatkan Farhash yang merupakan bekas pembantu politik Anwar berhubung skandal lesen penerokaan mineral di Sabah melibatkan kawasan seluas 70,000 hektar.<\/p>\n<p>Tuduhan itu disertakan dengan dokumen dan rakaman audio yang kini tersebar luas.<\/p>\n<p>Rafizi berkata, sejak Anwar menjadi Perdana Menteri, Farhash tiba-tiba melonjak menjadi seorang niagawan yang ligat dan mula mempunyai kepentingan dari satu syarikat ke satu syarikat.<\/p>\n<p>Ada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan beliau, kemudiannya mendapat kontrak perolehan yang besar dari kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJumlah sebenar kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Farhash tidak diketahui umum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun, Rafizi berkata, pengaruh Farhash menjadi bualan rakyat di luar \u2013 baik rakyat biasa yang melihat kemewahan dan gaya hidupnya, sehinggalah golongan perniagaan yang berurusan dengan kerajaan dan dalam sektor korporat.<\/p>\n<p>\u201cApabila perkara ini dibangkitkan sebelum ini, YAB Anwar Ibrahim hanya memberi penafian. Penjelasan beliau ialah kegiatan perniagaan Farhash tidak ada kena mengena dengan beliau kerana Farhash bukan lagi setiausaha politik beliau.<\/p>\n<p>\u201cSaya memilih untuk bersangka baik ketika itu, walaupun saya tahu pengaruh Farhash dalam PKR dan sebahagian pentadbiran kerajaan itu benar-benar wujud,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rafizi percaya, tuduhan terbaharu mengenai lesen penerokaan mineral membabitkan Farhash tidak akan mati begitu sahaja.<\/p>\n<p>\u201cPendedahan setakat ini disertakan dengan dokumen dan rakaman audio. Saya percaya lebih banyak maklumat akan menjadi pengetahuan umum selepas ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga percaya ia bukan tuduhan terakhir yang membabitkan Farhash. Dari semasa ke semasa, ada saja kontroversi baru mengenai beliau yang akan menjadi bualan umum.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya berharap YAB Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa memandang serius kontroversi membabitkan bekas pembantunya, Farhash Wafa Salvador bagi mengelakkan ia menjadi beban besar kepada kerajaan. Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata keyakinan terhadap pentadbiran walaupun serius dalam menangani isu rasuah tidak akan berjaya sekiranya timbul isu-isu kontroversi membabitkan individu yang rapat dengan pimpinan kerajaan. \u201cJika Perdana Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[980,684,9,8,24,102,21],"authors":[],"class_list":["post-1780","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-farhash-wafa","tag-mineral","tag-pkr","tag-rafizi","tag-rasuah","tag-sabah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1780","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1780"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1780\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1781,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1780\/revisions\/1781"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1780"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}