{"id":17800,"date":"2026-11-11T11:47:22","date_gmt":"2026-11-11T11:47:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17800"},"modified":"2026-11-11T11:47:22","modified_gmt":"2026-11-11T11:47:22","slug":"tiada-negara-mampu-tangani-cabaran-telekomunikasi-sendirian-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-negara-mampu-tangani-cabaran-telekomunikasi-sendirian-fahmi\/","title":{"rendered":"Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi sendirian: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh bagi menangani cabaran sektor telekomunikasi global yang semakin kompleks, memandangkan tiada negara mampu menghadapinya secara bersendirian.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan teknologi yang begitu pantas serta kemunculan pelbagai cabaran baharu memerlukan negara-negara saling bekerjasama dan berkongsi pengalaman bagi mencari penyelesaian berkesan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, hubungan dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang Persidangan Perwakilan Penuh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026 (ITU PP-26) perlu diteruskan menerusi lebih banyak inisiatif bersama, termasuk di luar persidangan dan di negara masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Saya percaya, untuk menyelesaikan cabaran yang kita hadapi, tiada negara mampu melakukannya secara bersendirian,&#8221; katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis resepsi makan tengah hari anjuran Malaysia di Pusat Pameran dan Konvensyen Doha (DECC), hari ini.<\/p>\n<p>Majlis berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha diplomatik Malaysia mendapatkan sokongan negara anggota bagi pemilihan semula ke Majlis ITU untuk penggal 2027 hingga 2030.<\/p>\n<p>Pengundian bagi pemilihan itu dijadual berlangsung pada 16 November ini.<\/p>\n<p>Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan berkenaan turut menegaskan komitmen negara untuk terus memperluas kerjasama antarabangsa, selain mengekalkan pendirian berkecuali dalam menghadapi landskap digital global yang semakin mencabar.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia bersedia memainkan peranan sebagai rakan kerjasama dengan menyediakan ruang untuk negara-negara berkongsi kepakaran dan membangunkan penyelesaian bersama.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia bersedia untuk membantu dan menyediakan ruang kerjasama. Kita sebuah negara berkecuali, percaya kepada kesalingkendalian dan yakin lebih banyak manfaat dapat dicapai melalui kerjasama,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>ITU PP-26 merupakan persidangan utama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang menghimpunkan negara anggota bagi membincangkan hala tuju dasar, pembangunan dan kerjasama sektor telekomunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di peringkat global.<\/p>\n<p>Penyertaan Malaysia dalam persidangan itu juga penting bagi memperkukuh kedudukan negara dalam kerjasama digital antarabangsa serta menyumbang kepada pembentukan ekosistem telekomunikasi global yang lebih inklusif dan mampan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh bagi menangani cabaran sektor telekomunikasi global yang semakin kompleks, memandangkan tiada negara mampu menghadapinya secara bersendirian. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan teknologi yang begitu pantas serta kemunculan pelbagai cabaran baharu memerlukan negara-negara saling bekerjasama dan berkongsi pengalaman bagi mencari penyelesaian berkesan. Beliau berkata, hubungan dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17801,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4202,1635,49,186,5578,38,2117,5579],"authors":[],"class_list":["post-17800","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cabaran","tag-doha","tag-fahmi-fadzil","tag-internet","tag-itu-pp-26","tag-malaysia","tag-menteri-komunikasi","tag-persidangan-perwakilan-penuh-kesatuan-telekomunikasi-antarabangsa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17800","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17800"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17800\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17802,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17800\/revisions\/17802"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17801"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17800"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17800"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17800"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17800"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}