{"id":17806,"date":"2026-11-11T11:53:12","date_gmt":"2026-11-11T11:53:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17806"},"modified":"2026-11-11T11:53:12","modified_gmt":"2026-11-11T11:53:12","slug":"pengampunan-najib-bukan-pemutihan-kesalahan-jangan-lupa-skandal-1mdb-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengampunan-najib-bukan-pemutihan-kesalahan-jangan-lupa-skandal-1mdb-mahfuz\/","title":{"rendered":"Pengampunan Najib bukan pemutihan kesalahan, jangan lupa skandal 1MDB: Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>Pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak tidak seharusnya ditafsirkan sebagai penghapusan kesalahan jenayah atau memadamkan sabitan beliau dalam kes SRC International.<\/p>\n<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata, bekas Perdana Menteri itu masih kekal sebagai individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah, meskipun mendapat pengurangan hukuman dan kebenaran menjalani baki tempoh pemenjaraan menerusi tahanan rumah.<\/p>\n<p>Menurutnya, perubahan daripada penjara kepada tahanan rumah tidak mengubah rekod sabitan jenayah yang telah diputuskan oleh mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cPenjara bertukar menjadi rumah. Tetapi sabitan jenayah tidak bertukar menjadi rekod kesucian. Inilah hakikat yang rakyat mesti faham dan jangan sesekali lupa,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat meraikan Najib seolah-olah pengampunan itu satu kemenangan politik.<\/p>\n<p>Beliau berkata, UMNO berhak memberikan sokongan kepada bekas presidennya, namun parti itu perlu menjelaskan pengajaran yang diambil daripada skandal SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<\/p>\n<p>Katanya, persoalan utama ialah sama ada UMNO benar-benar mahu membina budaya politik baharu berteraskan integriti atau sekadar berusaha mendapatkan semula kuasa tanpa menyelesaikan kelemahan tadbir urus masa lalu.<\/p>\n<p>\u201cAdakah UMNO benar-benar mahu membina budaya politik baharu yang menjunjung integriti, atau sekadar mahu mengembalikan kuasa tanpa menyelesaikan persoalan budaya dan amalan politik masa lalu?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, hasrat UMNO untuk kembali menguasai Putrajaya perlu dinilai berdasarkan rekod integriti serta komitmen parti itu memastikan penyalahgunaan kuasa dan skandal kewangan tidak berulang.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan pengampunan dirujuk sebagai penghapusan kesalahan sehingga individu yang pernah disabitkan kesalahan jenayah diraikan sebagai wira politik.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun penghormatan itu tidak bermaksud rakyat perlu melupakan keputusan mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cKita menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Tetapi menghormati pengampunan tidak bermakna kita mesti melupakan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Najib sebelum ini diberikan pengampunan bersyarat yang menyaksikan hukuman penjara dan denda dalam kes SRC International dikurangkan. Beliau turut mendapat perkenan menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan Putrajaya bukan hadiah kepada mana-mana individu atau parti politik, sebaliknya amanah rakyat yang perlu diberikan kepada pemimpin dengan rekod integriti yang meyakinkan.<\/p>\n<p>\u201cNegara ini tidak boleh bergerak ke hadapan dengan budaya politik yang mengajar rakyat kesalahan boleh dilupakan apabila pelakunya kembali mendapat sokongan dan kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak tidak seharusnya ditafsirkan sebagai penghapusan kesalahan jenayah atau memadamkan sabitan beliau dalam kes SRC International. Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata, bekas Perdana Menteri itu masih kekal sebagai individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah, meskipun mendapat pengurangan hukuman dan kebenaran menjalani baki tempoh pemenjaraan menerusi tahanan rumah. Menurutnya, perubahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13435,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,275,3300,121,122,230,865,146],"authors":[],"class_list":["post-17806","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-najib","tag-penjara","tag-skandal","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17806","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17806"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17806\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17807,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17806\/revisions\/17807"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13435"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17806"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17806"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17806"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17806"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}