{"id":17845,"date":"2026-11-12T13:52:28","date_gmt":"2026-11-12T13:52:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17845"},"modified":"2026-11-12T13:52:28","modified_gmt":"2026-11-12T13:52:28","slug":"fahmi-bantu-pm-jangan-ganggu-usaha-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-bantu-pm-jangan-ganggu-usaha-kerajaan\/","title":{"rendered":"Fahmi: Bantu PM, jangan ganggu usaha kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>Semua anggota Jemaah Menteri dan parti komponen Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya mengambil tindakan yang boleh membantutkan usaha kerajaan.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, semua pihak yang masih berada dalam gabungan kerajaan perlu menjadikan prinsip itu sebagai pegangan demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelbagai pencapaian negara ketika ini termasuk reformasi institusi, kebebasan Parlimen dan peningkatan keyakinan pelabur adalah hasil kepimpinan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan positif itu perlu diperkukuhkan melalui kerjasama semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan dan bukannya mencetuskan perkara yang boleh menjejaskan usaha pentadbiran.<\/p>\n<p>&#8220;Saya percaya bagi pihak kerajaan, secara umumnya kita lihat banyak kejayaan yang Perdana Menteri telah berjaya bawa bukan hanya dari segi reformasi institusi, kedudukan Parlimen yang sekarang lebih bebas berbanding dulu, dan juga tahap keyakinan termasuk daripada para pelabur terhadap kerajaan dan negara kita.<\/p>\n<p>&#8220;Setiap daripada kita perlu memainkan peranan. Jadi, kita semua perlu membantu Perdana Menteri dalam usaha ini dan tidak membantutkan sebarang usaha kerajaan,&#8221; katanya selepas menyertai program jelajah mesra bersama calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Muhammad Hakimin Mokhtar, di Pasar Malam Ayer Molek, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Wan Azizah Wan Ismail.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Mesyuarat Majlis Presiden PH turut membincangkan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun Anthony sebelum ini sudah menyatakan pendirian berhubung peletakan jawatannya dalam Kabinet, keputusan akhir mengenai kedudukan beliau terletak di bawah kuasa Perdana Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tahu sekarang ini ada pihak yang bertanyakan tentang Anthony Loke. Beliau hadir selaku Setiausaha Agung DAP dan kita ada membincangkan perkara itu.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, apa-apa komen mengenai kedudukan beliau, beliau telah menyatakan sendiri pendirian beliau. Akhirnya keputusan itu berada pada tangan Perdana Menteri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Fahmi berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang disifatkan berjalan lancar.<\/p>\n<p>Majlis Presiden PH juga bersetuju mengaktifkan Majlis Setiausaha PH bagi menyelaraskan persiapan awal menghadapi PRN Sarawak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua anggota Jemaah Menteri dan parti komponen Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya mengambil tindakan yang boleh membantutkan usaha kerajaan. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, semua pihak yang masih berada dalam gabungan kerajaan perlu menjadikan prinsip itu sebagai pegangan demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17846,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,49,184,192,347,18,103],"authors":[],"class_list":["post-17845","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-melaka","tag-ph","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17845"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17847,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17845\/revisions\/17847"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17845"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}