{"id":17852,"date":"2026-11-12T16:09:51","date_gmt":"2026-11-12T16:09:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17852"},"modified":"2026-11-12T16:11:52","modified_gmt":"2026-11-12T16:11:52","slug":"semua-banduan-layak-perlu-diberi-peluang-mat-sabu-sindir-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/semua-banduan-layak-perlu-diberi-peluang-mat-sabu-sindir-najib\/","title":{"rendered":"Semua banduan layak perlu diberi peluang: Mat Sabu sindir Najib"},"content":{"rendered":"<p>Kemudahan tahanan rumah tidak sepatutnya menjadi keistimewaan individu tertentu, sebaliknya perlu dibuka kepada semua banduan yang memenuhi syarat tanpa mengira kedudukan atau kemampuan kewangan.<\/p>\n<p>Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan kemudahan itu perlu berlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan supaya tidak mewujudkan layanan dua darjat antara banduan kaya dengan mereka yang kurang berkemampuan.<\/p>\n<p>\u201cJangan ada dua darjat hal banduan sekarang dan akan datang. Sebab kalau orang yang dimasukkan penjara itu orang kaya, dia boleh bayar denda, maka dia boleh duduk di rumah,\u201d katanya semasa Ceramah Jelajah Harapan Melaka Rumah Kita, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak yang mendapat perhatian meluas susulan pengampunan bersyarat diterimanya.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, isu berkenaan turut menjadi perbualan hangat masyarakat, termasuk di media sosial seperti TikTok, sekali gus memperlihatkan keprihatinan rakyat terhadap prinsip keadilan dalam sistem perundangan negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, hak setiap rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan tidak boleh ditentukan berdasarkan kekayaan atau kedudukan seseorang.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah rakyat ada hak di bawah Perlembagaan yang sama. Itu yang saya cuba tonjolkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan isu kesesakan penjara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, sambil menyentuh jumlah penghuni penjara yang kini mencecah puluhan ribu orang.<\/p>\n<p>Mengulas cadangan tempoh hukuman dijalani sebahagiannya di dalam penjara dan sebahagian lagi melalui tahanan rumah, Mohamad berkata perkara itu wajar diperhalusi oleh pengamal undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKalau enam tahun, tiga tahun di dalam penjara, tiga tahun di luar, itu serah kepada pengamal undang-undang untuk membincangkannya.<\/p>\n<p>\u201cKalau boleh berlaku kepada seseorang, kita harap dia dapat berlaku kepada sekalian rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu tahanan rumah kembali menjadi perhatian selepas keputusan berkaitan permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah mencetuskan perbahasan mengenai kuasa pengampunan, pelaksanaan hukuman dan kesaksamaan di sisi undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemudahan tahanan rumah tidak sepatutnya menjadi keistimewaan individu tertentu, sebaliknya perlu dibuka kepada semua banduan yang memenuhi syarat tanpa mengira kedudukan atau kemampuan kewangan. Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan kemudahan itu perlu berlandaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan supaya tidak mewujudkan layanan dua darjat antara banduan kaya dengan mereka yang kurang berkemampuan. \u201cJangan ada dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[192,2345,121,5623,103,865],"authors":[],"class_list":["post-17852","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-melaka","tag-mohamad-sabu","tag-najib","tag-presiden-amanah","tag-prn","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17852","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17852"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17852\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17857,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17852\/revisions\/17857"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17852"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17852"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17852"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17852"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}