{"id":17868,"date":"2026-11-13T06:27:43","date_gmt":"2026-11-13T06:27:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17868"},"modified":"2026-11-13T06:27:43","modified_gmt":"2026-11-13T06:27:43","slug":"prn-melaka-ph-tawar-politik-khidmat-bukan-hasutan-perkauman-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-ph-tawar-politik-khidmat-bukan-hasutan-perkauman-anwar\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: PH tawar politik khidmat, bukan hasutan perkauman \u2013 Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru pengundi Melaka memberi kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini, sambil mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang menggunakan agama dan sentimen perkauman untuk meraih sokongan politik.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rakyat Melaka mempunyai kebijaksanaan untuk menilai pihak yang benar-benar menjaga amanah rakyat berbanding mereka yang hanya mahu mendapatkan kuasa demi kepentingan sendiri.<\/p>\n<p>Menurutnya, PH menawarkan pendekatan politik berteraskan khidmat kepada masyarakat serta menolak sebarang bentuk hasutan perkauman yang boleh mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau mengakhiri kunjungan ke Melaka semalam di Alor Gajah bagi memberikan sokongan kepada tiga calon PH, iaitu Ginie Lim Siew Lin di Machap Jaya, Khuzairie Kamal di Rembia dan P Denesh di Asahan.<\/p>\n<p>\u201cHarapan menawarkan politik khidmat kepada masyarakat. Kita menolak hasutan perkauman yang menyemai kebencian sesama rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSejak beberapa hari ini, terserlah wajah sebenar seruan penyatuan ummah yang digunakan untuk menunggang agama bagi mempertahankan pimpinan bobrok serta sistem usang yang telah merosakkan sendi-sendi negara,\u201d katanya menerusi kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan beban kewangan negara susulan pelbagai skandal dan masalah pengurusan terdahulu, termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), FELDA dan Tabung Haji.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan kini berusaha memulihkan kedudukan negara selain memastikan hasil ekonomi dapat dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan peruntukan.<\/p>\n<p>Antaranya, RM40 bilion setahun diperuntukkan bagi subsidi bahan api, RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), manakala RM18 bilion disediakan bagi pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam.<\/p>\n<p>\u201cHarapan sedang berusaha keras untuk memulihkan negara. Kita juga memastikan sebanyak mungkin hasil negara dikembalikan kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Anwar berharap pengundi Melaka membuat pilihan berdasarkan rekod dan keikhlasan calon dalam berkhidmat kepada masyarakat, bukannya terpengaruh dengan sentimen politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya rakyat Melaka mampu menilai antara kaca dengan permata, antara yang mengkhianati amanah dengan yang menjaganya.<\/p>\n<p>\u201cSabtu ini, berilah kepercayaan kepada calon Harapan. Bersama-sama kita bina Melaka yang ditadbir dengan amanah dan maju untuk semua,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Melaka kali ini menyaksikan persaingan beberapa gabungan politik untuk mendapatkan mandat rakyat bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal seterusnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru pengundi Melaka memberi kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini, sambil mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang menggunakan agama dan sentimen perkauman untuk meraih sokongan politik. Beliau berkata, rakyat Melaka mempunyai kebijaksanaan untuk menilai pihak yang benar-benar menjaga amanah rakyat berbanding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15908,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,13,192,727,172,1410,18,103],"authors":[],"class_list":["post-17868","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-anwar","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-pengundi","tag-perkauman","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17868","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17868"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17868\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17869,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17868\/revisions\/17869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15908"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17868"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17868"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17868"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17868"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}