{"id":17874,"date":"2026-11-13T06:34:53","date_gmt":"2026-11-13T06:34:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17874"},"modified":"2026-11-13T06:34:53","modified_gmt":"2026-11-13T06:34:53","slug":"hadi-seburuk-buruk-pemerintah-islam-tidak-sezalim-bukan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-seburuk-buruk-pemerintah-islam-tidak-sezalim-bukan-islam\/","title":{"rendered":"Hadi: Seburuk-buruk pemerintah Islam, tidak sezalim bukan Islam"},"content":{"rendered":"<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mengundi kerana kegagalan berbuat demikian boleh membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil alih pemerintahan.<\/p>\n<p>Berucap pada pentas Grand Finale Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil, malam tadi, beliau mendakwa pertimbangan politik dalam Islam berlandaskan dosa dan pahala, berbeza dengan pihak bukan Islam yang menurutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai asas pemerintahan.<\/p>\n<p>Menurutnya, umat Islam perlu keluar mengundi bagi memastikan kepimpinan negara berada di tangan mereka yang memahami tanggungjawab serta amanah agama.<\/p>\n<p>&#8220;Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam,&#8221; katanya di hadapan lebih 1,000 penyokong BN dan PN.<\/p>\n<p>Beliau turut mengimbas sejarah kedatangan Islam ke Melaka sebelum negeri itu ditakluki Portugis pada 1511, selain menegaskan agama Islam kekal bertapak di negara ini meskipun melalui tempoh penjajahan yang panjang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman menjelaskan kenyataan Hadi dibuat berdasarkan rujukan terhadap sejarah pemerintahan Islam.<\/p>\n<p>Ceramah kemuncak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu turut memperlihatkan kerjasama antara BN dan PN, yang sebelum ini pernah menjadi seteru politik khususnya membabitkan UMNO dan PAS.<\/p>\n<p>Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir; Presiden MCA, Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Dominic Lau; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man serta Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.<\/p>\n<p>Tuan Ibrahim dalam ucapannya pula membidas Pakatan Harapan (PH) yang didakwa cuba mengaitkan PAS dengan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Beliau berkata keputusan Lembaga Pengampunan perlu dihormati dan menyifatkan serangan terhadap PAS sebagai usaha PH mengalihkan perhatian daripada isu lain.<\/p>\n<p>&#8220;Lembaga Pengampunan sudah buat keputusan dan sepatutnya kita sokong,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke susulan isu pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan PH dan mencabar semua Ahli Parlimen DAP supaya meletakkan jawatan sekiranya parti itu mahu menunjukkan pendirian yang konsisten dalam isu berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Presiden Gerakan, Dominic Lau menyeru penyokong BN dan PN memberikan sokongan kepada calon tunggal parti itu di DUN Ayer Keroh, Michael Gan Peng Lam yang berdepan saingan termasuk penyandang daripada DAP, Kerk Chee Yee.<\/p>\n<p>Turut mencuri perhatian ialah Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang menggunakan pantun untuk mengajak pengundi menolak PH dan memberikan sokongan kepada BN serta PN.<\/p>\n<p>PRN Melaka menyaksikan BN bertanding di 23 kerusi, PN di lima kerusi, manakala PH meletakkan calon di 24 kerusi. Parti Bersama pula bertanding di 16 kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mengundi kerana kegagalan berbuat demikian boleh membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil alih pemerintahan. Berucap pada pentas Grand Finale Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil, malam tadi, beliau mendakwa pertimbangan politik dalam Islam berlandaskan dosa dan pahala, berbeza [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,378,610,192,126,951,103,146],"authors":[],"class_list":["post-17874","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bn","tag-islam","tag-melaka","tag-pas","tag-pn","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17874","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17874"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17874\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17875,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17874\/revisions\/17875"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17874"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17874"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17874"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17874"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}