{"id":17887,"date":"2026-11-13T06:55:59","date_gmt":"2026-11-13T06:55:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17887"},"modified":"2026-11-13T06:55:59","modified_gmt":"2026-11-13T06:55:59","slug":"mahfuz-ingatkan-pengundi-melaka-jangan-angkat-najib-sebagai-wira","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-ingatkan-pengundi-melaka-jangan-angkat-najib-sebagai-wira\/","title":{"rendered":"Mahfuz ingatkan pengundi Melaka jangan angkat Najib sebagai wira"},"content":{"rendered":"<p>Pengundi Melaka diingatkan supaya tidak menjadikan sentimen politik dan nostalgia terhadap kepemimpinan lalu sebagai alasan mengetepikan prinsip integriti, khususnya dalam menilai rekod bekas Perdana Menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 14 November bukan sekadar menentukan kerajaan baharu, sebaliknya turut mencerminkan nilai dan prinsip yang mahu diwariskan kepada generasi akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sabitan kesalahan rasuah terhadap Najib dalam kes SRC International membabitkan RM42 juta tidak sepatutnya dilupakan hanya kerana bekas pemimpin itu menerima pengampunan atau perubahan kaedah menjalani hukuman.<\/p>\n<p>&#8220;Pengampunan dan perubahan tempat menjalani hukuman tidak memadamkan sabitan itu, apatah lagi menjadikan seseorang secara automatik seorang wira negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kita boleh memaafkan, tetapi jangan sampai memadamkan pengajaran sejarah. Kita boleh bersimpati, tetapi jangan sampai menggadaikan prinsip,&#8221; katanya dalam kenyataan menjelang hari pengundian PRN Melaka.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mempersoalkan pendirian parti-parti politik yang sebelum ini lantang memperjuangkan integriti tetapi kini dilihat meraikan tokoh yang telah disabitkan kesalahan rasuah.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa PAS menjelaskan pendirian parti itu berhubung prinsip antirasuah apabila berhadapan dengan rakan politik sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan gunakan agama untuk menghukum lawan, tetapi gunakan kepentingan politik untuk memaafkan kawan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, pengundi perlu memikirkan mesej yang bakal diwariskan kepada anak cucu sekiranya individu yang telah disabitkan kesalahan rasuah diangkat sebagai wira politik.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Melaka sebagai negeri yang mempunyai sejarah dan maruah tersendiri tidak seharusnya menjadikan pilihan raya kali ini sebagai titik kebangkitan semula politik kleptokrasi.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan biarkan mereka mewarisi sebuah negara yang mengajar kesalahan boleh dilupakan apabila pelakunya mempunyai pengaruh politik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Mahfuz menyeru rakyat Melaka membuat keputusan berdasarkan pertimbangan rasional dan hati nurani, bukannya sentimen atau nostalgia politik masa lalu.<\/p>\n<p>PRN Melaka berlangsung pada 14 November dengan pengundi bakal menentukan wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengundi Melaka diingatkan supaya tidak menjadikan sentimen politik dan nostalgia terhadap kepemimpinan lalu sebagai alasan mengetepikan prinsip integriti, khususnya dalam menilai rekod bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 14 November bukan sekadar menentukan kerajaan baharu, sebaliknya turut mencerminkan nilai dan prinsip yang mahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,3300,192,121,2355,103,24,865,146],"authors":[],"class_list":["post-17887","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-mahfuz-omar","tag-melaka","tag-najib","tag-parti-amanah","tag-prn","tag-rasuah","tag-tahanan-rumah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17887","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17887"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17887\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17888,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17887\/revisions\/17888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17887"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17887"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17887"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17887"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}