{"id":17893,"date":"2026-11-13T11:33:27","date_gmt":"2026-11-13T11:33:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17893"},"modified":"2026-11-13T15:11:22","modified_gmt":"2026-11-13T15:11:22","slug":"pkr-kecam-kenyataan-hadi-dakwa-main-sentimen-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-kecam-kenyataan-hadi-dakwa-main-sentimen-agama\/","title":{"rendered":"PKR kecam kenyataan Hadi, dakwa main sentimen agama"},"content":{"rendered":"<p>PKR mengecam kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang membandingkan kezaliman pemimpin Islam dan bukan Islam, sambil menyifatkannya boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.<\/p>\n<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, perbezaan politik sepatutnya berasaskan perbahasan dasar dan penyelesaian masalah rakyat, bukannya memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Hadi ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai mendukacitakan, terutama apabila ia datang daripada seorang tokoh agama berpengaruh.<\/p>\n<p>\u201cSebagai tokoh agama yang berilmu tinggi, beliau sepatutnya menjadi teladan dalam memupuk akhlak dan perpaduan. Malangnya, ketinggian ilmu itu tidak dicerminkan melalui kebijaksanaan dalam berbicara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Chang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keharmonian masyarakat berbilang kaum merupakan kekuatan utama Malaysia dalam membangunkan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya, adakah PAS begitu terdesak mengejar kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan perpaduan rakyat dan kestabilan negara?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi apabila PAS pada masa sama bekerjasama dengan MCA dan Gerakan dalam PRN Melaka.<\/p>\n<p>Beliau merujuk kehadiran Presiden MCA dan Presiden Gerakan, Dominic Lau dalam ceramah politik yang sama, termasuk usaha mendapatkan sokongan pengundi BN dan PN untuk calon Gerakan yang bukan Islam.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana kenyataan Hadi itu harus difahami dalam konteks kerjasama politik mereka sendiri?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut menggesa pengundi Kelebang mempertimbangkan calon wanita muda Melayu Islam Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai ekstrem dan sarat dengan prasangka agama.<\/p>\n<p>Katanya, kezaliman tidak sepatutnya dinilai berdasarkan agama seseorang kerana keadilan merupakan prinsip asas yang perlu dipertahankan tanpa mengira bangsa, agama atau kecenderungan politik.<\/p>\n<p>\u201cApakah pandangan sedemikian turut terpakai kepada pemimpin MCA dan Gerakan yang menjadi rakan politik PAS? Atau prinsip berkenaan hanya digunakan apabila berhadapan dengan pihak yang berbeza pendirian politik?\u201d katanya.<\/p>\n<p>AMK turut mendesak Abdul Hadi memberikan penjelasan secara terbuka, menarik balik kenyataan berkenaan serta memperbetulkan persepsi yang ditimbulkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR mengecam kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang membandingkan kezaliman pemimpin Islam dan bukan Islam, sambil menyifatkannya boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama. Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, perbezaan politik sepatutnya berasaskan perbahasan dasar dan penyelesaian masalah rakyat, bukannya memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan. Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Hadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,5631,338,610,192,9,3597,103],"authors":[],"class_list":["post-17893","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bukan","tag-chang-lih-kang","tag-islam","tag-melaka","tag-pkr","tag-presiden-pas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17893"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17893\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17894,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17893\/revisions\/17894"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17893"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}