{"id":17903,"date":"2026-11-14T04:06:42","date_gmt":"2026-11-14T04:06:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17903"},"modified":"2026-11-14T04:06:42","modified_gmt":"2026-11-14T04:06:42","slug":"mcmc-perluas-ujian-kelajuan-internet-ke-seluruh-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-perluas-ujian-kelajuan-internet-ke-seluruh-negara\/","title":{"rendered":"MCMC perluas ujian kelajuan internet ke seluruh negara"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas inisiatif pengumpulan data pengalaman pengguna Internet ke seluruh negara bagi mengenal pasti kawasan yang masih berdepan masalah kualiti perkhidmatan.<\/p>\n<p>Langkah itu susulan kejayaan pelaksanaan Bulan Speed Test Selangor 2026 yang berlangsung dari 16 September hingga 15 Oktober lalu, dengan hampir 100,000 ujian kelajuan Internet direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya berkata, data yang dikumpulkan menerusi ujian sebenar pengguna membolehkan pihaknya mengenal pasti kawasan yang mempunyai capaian Internet kurang memuaskan, termasuk lokasi yang tidak pernah dimasukkan dalam pemetaan ujian sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cDapatan itu akan dianalisis dan dijadikan asas perbincangan dengan penyedia perkhidmatan bagi melaksanakan tindakan penambahbaikan segera di lokasi terlibat,\u201d katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jumaat.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan ujian pengguna juga penting bagi mengenal pasti jurang antara liputan Internet berdasarkan analisis komputer dengan pengalaman sebenar di lapangan.<\/p>\n<p>Katanya, faktor geografi dan halangan fizikal seperti kawasan yang mempunyai pokok tebal boleh mempengaruhi kelajuan Internet walaupun sesuatu lokasi mempunyai liputan rangkaian.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, penyertaan orang ramai menerusi aplikasi MCMC Nexus amat diperlukan bagi melengkapkan pemantauan yang dijalankan pegawai MCMC di kawasan ekonomi utama, perindustrian dan lokasi tumpuan masyarakat.<\/p>\n<p>Bukhari berkata, data berkenaan turut membantu memastikan kemudahan Internet memenuhi keperluan golongan profesional, tenaga pengajar dan peniaga yang semakin bergantung kepada perkhidmatan digital dalam urusan harian.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi jaminan ujian menerusi aplikasi itu tidak merekodkan maklumat peribadi pengguna kerana data yang dikumpulkan hanya melibatkan keputusan ujian secara anonim.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau berkata peluasan inisiatif itu akan mengambil kira kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar serta negeri yang mempunyai aktiviti ekonomi berimpak tinggi.<\/p>\n<p>Data berkenaan juga boleh digunakan untuk mengenal pasti keperluan liputan Internet di pusat mengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kawasan pelancongan baharu dan sepanjang laluan jalan raya.<\/p>\n<p>Usaha itu selari dengan inisiatif kerajaan &#8216;Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet&#8217; yang dilancarkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah MCMC Negeri Selangor, Amal Abdul Aziz berkata, pelaksanaan Bulan Speed Test Selangor 2026 turut merekodkan hampir 30,000 penyertaan pertandingan membabitkan 1,746 peserta.<\/p>\n<p>Setiap peserta secara purata melakukan 17 ujian kelajuan Internet sepanjang tempoh sebulan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemilihan Selangor sebagai lokasi pertama mengambil kira jumlah penduduk dan pengguna Internet yang tinggi, selain mempunyai pelbagai persekitaran penggunaan termasuk kawasan perumahan, institusi pendidikan dan sektor perindustrian.<\/p>\n<p>Lebih penting, inisiatif itu berjaya mengumpulkan data daripada hampir 1,200 lokasi baharu yang sebelum ini tidak pernah menjalani ujian kelajuan Internet.<\/p>\n<p>Data tersebut akan menjadi asas kepada tindakan susulan bersama penyedia perkhidmatan bagi meningkatkan mutu capaian Internet di kawasan dikenal pasti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas inisiatif pengumpulan data pengalaman pengguna Internet ke seluruh negara bagi mengenal pasti kawasan yang masih berdepan masalah kualiti perkhidmatan. Langkah itu susulan kejayaan pelaksanaan Bulan Speed Test Selangor 2026 yang berlangsung dari 16 September hingga 15 Oktober lalu, dengan hampir 100,000 ujian kelajuan Internet direkodkan sepanjang tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5635,186,5634,16,4746],"authors":[],"class_list":["post-17903","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukhari-yahya","tag-internet","tag-kelajuan","tag-mcmc","tag-ujian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17903","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17903"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17903\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17904,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17903\/revisions\/17904"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17903"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17903"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17903"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17903"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}