{"id":17916,"date":"2026-11-14T04:32:29","date_gmt":"2026-11-14T04:32:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17916"},"modified":"2026-11-14T04:32:29","modified_gmt":"2026-11-14T04:32:29","slug":"dap-kekal-dengan-keputusan-peletakan-jawatan-loke-tiada-patah-balik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-kekal-dengan-keputusan-peletakan-jawatan-loke-tiada-patah-balik\/","title":{"rendered":"DAP kekal dengan keputusan peletakan jawatan Loke, tiada patah balik"},"content":{"rendered":"<p>DAP kekal dengan keputusan berhubung peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan dan tidak bercadang membuka semula perbincangan mengenai perkara itu di peringkat parti.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, pendirian parti itu tidak berubah meskipun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan hasrat supaya keputusan berkenaan dipertimbangkan semula.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sudah jelas dan tiada keperluan untuk mengadakan perbincangan baharu.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, keputusan kami DAP kekal seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini berhubung peletakan jawatan Anthony Loke.<\/p>\n<p>\u201cKami hormat pandangan Perdana Menteri, tetapi ketetapan CEC adalah jelas. Tidak ada perubahan dan tiada keperluan untuk bincang semula di peringkat parti,\u201d katanya menurut laporan media.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Anwar dilaporkan mahu mengadakan rundingan semula dengan Loke berhubung keputusan beliau melepaskan jawatan Menteri Pengangkutan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri turut memaklumkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu meskipun Loke sudah mengumumkan keputusan berkenaan dua hari lalu.<\/p>\n<p>Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara tersebut diserahkan kepada Loke sendiri dan parti akan terus memberikan sokongan terhadap pendirian beliau.<\/p>\n<p>Menurutnya, isu berkenaan bukan soal memujuk Loke atau membawa semula perkara itu ke CEC, sebaliknya menghormati keputusan yang sudah ditegaskan oleh pemimpin berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cItu saya rasa kita serah kepada Loke, kita sokong apa yang dia buat.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan isu pujuk atau rujuk kembali dalam CEC. Tetapi kita akan sokong penegasan beliau sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menunjukkan DAP masih berpegang pada keputusan dalaman parti meskipun terdapat usaha daripada Perdana Menteri untuk mencari penyelesaian berhubung kedudukan Loke dalam Kabinet.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP kekal dengan keputusan berhubung peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan dan tidak bercadang membuka semula perbincangan mengenai perkara itu di peringkat parti. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, pendirian parti itu tidak berubah meskipun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan hasrat supaya keputusan berkenaan dipertimbangkan semula. Beliau yang juga Ahli Parlimen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7806,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,2836,63,114,5034,373],"authors":[],"class_list":["post-17916","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-cec","tag-dap","tag-letak-jawatan","tag-naib-pengerusi-kebangsaan-dap","tag-syahredzan-johan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17916","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17917,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17916\/revisions\/17917"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17916"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}