{"id":17930,"date":"2026-11-14T08:09:59","date_gmt":"2026-11-14T08:09:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17930"},"modified":"2026-11-14T08:09:59","modified_gmt":"2026-11-14T08:09:59","slug":"ancaman-siber-semakin-serius-malaysia-perlu-bersedia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ancaman-siber-semakin-serius-malaysia-perlu-bersedia\/","title":{"rendered":"Ancaman siber semakin serius, Malaysia perlu bersedia"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia berdepan ribuan cubaan serangan siber setiap bulan, sekali gus memerlukan negara memperkukuh keupayaan pertahanan digital bagi menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ancaman keselamatan negara kini bukan lagi terhad kepada peperangan konvensional, sebaliknya turut merangkumi serangan siber, penggodaman dan kegiatan keganasan.<\/p>\n<p>Katanya, perbincangan sudah diadakan bersama kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperkasakan keupayaan unit keselamatan siber pasukan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Serangan siber ini serius, sel pengganas juga serius, begitu juga penggodaman dan serangan siber.<\/p>\n<p>&#8220;Kita berdepan ribuan cubaan serangan dalam tempoh sebulan. Sebab itu kita perlu memperkukuh keupayaan kita,&#8221; katanya ketika menjawab soalan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada program Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, hari ini.<\/p>\n<p>Pelatih berkenaan meminta pandangan mengenai persediaan golongan muda untuk membantu negara menghadapi persekitaran keselamatan global yang semakin tidak menentu, termasuk ancaman peperangan dan perkembangan teknologi ketenteraan.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Anwar berkata, kesiapsiagaan pertahanan negara perlu melangkaui kekuatan ketenteraan konvensional dengan memberi perhatian serius kepada penguasaan teknologi dan keselamatan siber.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkembangan konflik antarabangsa termasuk membabitkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat memperlihatkan perubahan ketara dalam strategi peperangan menerusi penggunaan senjata berteknologi tinggi serta dron.<\/p>\n<p>Justeru, Malaysia perlu meningkatkan kemahiran dan keupayaan teknologi bagi memastikan pasukan keselamatan negara mampu menghadapi ancaman baharu.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah soal keselamatan negara hanya kerana Malaysia mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara lain.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak berniat untuk menyerang sesiapa, tetapi itu tidak bermakna kita tidak akan diserang.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itulah kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan amat penting,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, bentuk ancaman keselamatan terhadap Malaysia turut berubah mengikut peredaran zaman, bermula daripada pemberontakan komunis, kegiatan keganasan antarabangsa dan kini ancaman siber.<\/p>\n<p>Anwar turut mengimbas ancaman membabitkan individu yang menyertai kumpulan bersenjata di zon konflik seperti Syria dan Afghanistan sebelum kembali ke tanah air, sekali gus berpotensi menimbulkan risiko keselamatan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menegaskan ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain perlu terus diperkasakan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.<\/p>\n<p>Malaysia, katanya, akan terus mengutamakan hubungan diplomatik dan keamanan antarabangsa, namun pada masa sama tidak boleh berkompromi dalam soal mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia berdepan ribuan cubaan serangan siber setiap bulan, sekali gus memerlukan negara memperkukuh keupayaan pertahanan digital bagi menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ancaman keselamatan negara kini bukan lagi terhad kepada peperangan konvensional, sebaliknya turut merangkumi serangan siber, penggodaman dan kegiatan keganasan. Katanya, perbincangan sudah diadakan bersama kepimpinan tertinggi Angkatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2772,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,694,303,16,930,18,928,1437],"authors":[],"class_list":["post-17930","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-atm","tag-godam","tag-mcmc","tag-pertahanan","tag-pmx","tag-serangan","tag-siber"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17930","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17930"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17931,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17930\/revisions\/17931"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17930"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}