{"id":1796,"date":"2025-07-25T08:39:29","date_gmt":"2025-07-25T08:39:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1796"},"modified":"2025-07-25T08:39:29","modified_gmt":"2025-07-25T08:39:29","slug":"wan-suraya-letak-jawatan-sebagai-penjawat-awam-sebelum-dilantik-ketua-audit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wan-suraya-letak-jawatan-sebagai-penjawat-awam-sebelum-dilantik-ketua-audit\/","title":{"rendered":"Wan Suraya letak jawatan sebagai penjawat awam sebelum dilantik Ketua Audit"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menjelaskan pelantikan Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara adalah sah dan dibuat mengikut proses garis panduan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata tidak timbul isu lantikan Ketua Audit Negara selepas Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar menjelaskan kepada mesyuarat Kabinet bahawa Wan Suraya sudah meletak jawatannya sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Hari ini dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara bahawa memang dari segi Perlembagaan, tidak timbul sebarang isu kerana proses pelantikan itu menepati apa yang tertera dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Pada masa sama Ketua Setiausaha Negara juga memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa Wan Suraya sudah berhenti menjadi seorang penjawat awam pada ketika beliau bersetuju untuk menjadi Ketua Audit Negara,&#8221; katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu di Parlimen, Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat mempertikaikan pelantikan Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara ketika beliau masih dalam perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Wan Suraya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM) dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pembangunan Usahawan serta beberapa kapasiti di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi &amp; Pemantauan).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menjelaskan pelantikan Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara adalah sah dan dibuat mengikut proses garis panduan selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata tidak timbul isu lantikan Ketua Audit Negara selepas Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar menjelaskan kepada mesyuarat Kabinet bahawa Wan Suraya sudah meletak jawatannya sebelum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1797,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[112,235,1038,735,1040,1039],"authors":[],"class_list":["post-1796","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi","tag-kabinet","tag-ketua-audit-negara","tag-lantikan","tag-penjawat-awam","tag-wan-suraya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1796","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1796"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1798,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1796\/revisions\/1798"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1797"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1796"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}