{"id":17960,"date":"2026-11-15T04:22:26","date_gmt":"2026-11-15T04:22:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17960"},"modified":"2026-11-15T04:22:26","modified_gmt":"2026-11-15T04:22:26","slug":"opr-kekal-2-75-peratus-beri-ruang-perniagaan-berkembang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/opr-kekal-2-75-peratus-beri-ruang-perniagaan-berkembang\/","title":{"rendered":"OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% dilihat mampu memberi ruang kepada sektor perniagaan untuk terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang stabil.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan inflasi negara yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.<\/p>\n<p>Menurutnya, penilaian Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mendapati keadaan ekonomi semasa masih membolehkan kadar OPR dikekalkan tanpa memerlukan perubahan dasar monetari.<\/p>\n<p>\u201cBank Negara, melalui proses di bawah Jawatankuasa Dasar Monetari, melihat keadaan inflasi dalam negara terkawal dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga masih kuat.<\/p>\n<p>\u201cJadi, BNM mengambil pendekatan untuk terus mengekalkan OPR. Ini memberi ruang untuk perniagaan terus berkembang,\u201d katanya selepas acara Larian Kewangan 2026 anjuran Kementerian Kewangan bersempena Hari Sukan Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, keadaan ekonomi Malaysia ketika ini juga berbeza berbanding beberapa negara lain yang berdepan tekanan inflasi tinggi, ekonomi terlalu panas serta gangguan rantaian bekalan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tekanan ekonomi seperti itu boleh memaksa bank pusat menaikkan atau melaraskan kadar faedah bagi mengawal inflasi dan memastikan kestabilan ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak ada masalah seperti apa yang kita nampak di negara-negara lain, yang mana tekanan inflasinya tinggi, ada isu ekonomi terlalu panas dan gangguan rantaian bekalan sehingga mereka terpaksa menggunakan kadar faedah untuk mengawal keadaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menguruskan ekonomi membantu Malaysia mengekalkan kedudukan lebih baik meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.<\/p>\n<p>\u201cDi Malaysia ini, saya rasa kerana pendekatan yang diambil kerajaan itu menyeluruh, kita dapat keadaan yang lebih baik di sini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MPC sebelum ini memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 2.75% dalam mesyuarat keenam dan terakhir bagi tahun ini.<\/p>\n<p>Keputusan itu bagaimanapun hadir ketika penganalisis pasaran menjangkakan kemungkinan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.0% pada suku pertama 2027, susulan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan serta jangkaan tekanan inflasi.<\/p>\n<p>Amir Hamzah menegaskan keputusan berkaitan OPR kekal di bawah bidang kuasa BNM menerusi MPC, berdasarkan penilaian terhadap perkembangan ekonomi dan inflasi semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% dilihat mampu memberi ruang kepada sektor perniagaan untuk terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang stabil. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan inflasi negara yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh. Menurutnya, penilaian Jawatankuasa Dasar Monetari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1431,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[484,845,844,68,674,4876,1810,846],"authors":[],"class_list":["post-17960","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah","tag-bank-negara","tag-bnm","tag-ekonomi","tag-inflasi","tag-kadar-dasar-semalaman","tag-menteri-kewangan-ii","tag-opr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17960"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17961,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17960\/revisions\/17961"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17960"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}