{"id":17962,"date":"2026-11-15T04:23:37","date_gmt":"2026-11-15T04:23:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17962"},"modified":"2026-11-15T04:23:37","modified_gmt":"2026-11-15T04:23:37","slug":"puad-cadang-perak-pahang-bubar-dun-selepas-kejayaan-bn-pn-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-cadang-perak-pahang-bubar-dun-selepas-kejayaan-bn-pn-di-melaka\/","title":{"rendered":"Puad cadang Perak, Pahang bubar DUN selepas kejayaan BN-PN di Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Pahang dicadangkan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, formula kerjasama BN-PN terbukti berkesan apabila kedua-dua gabungan itu mencatat kemenangan besar dalam PRN Melaka.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerjasama itu pada awalnya dilihat sukar apabila BN bertegas mahu bertanding di 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN, namun keputusan PAS memberi laluan kepada BN di beberapa kawasan akhirnya membuahkan hasil.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendekatan PAS itu membolehkan parti berkenaan memberi tumpuan kepada kerusi yang lebih mencabar dan akhirnya berjaya memenangi dua kerusi.<\/p>\n<p>\u201cNampaknya formula kerjasama BN-PN menjadi. Mereka menang besar. Bukan itu sahaja, majoritinya juga amat besar.<\/p>\n<p>\u201cAwalnya nampak rumit kerana BN berkeras tetap bertanding di 21 daripada 28 kerusi. Tetapi pendekatan mengalah PAS berbaloi. Bertanding sedikit di kerusi mencabar tetapi menang dua kerusi,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Puad berpandangan pembubaran DUN Perak dan Pahang wajar dipertimbangkan bagi menamatkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui BN bersama Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan kemenangan BN-PN di Melaka sebagai petunjuk kemungkinan berlakunya kesan domino terhadap landskap politik negara.<\/p>\n<p>\u201cTeori domino amat jelas. Formula &#8216;Bangkit BN&#8217; makin nampak. Tetapi PH masih tersepit mencari formula pemulihan.<\/p>\n<p>\u201cJika PH masih selesa, PH akan wipe out di PRU16,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam PRN Melaka, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga dengan kekuatan sendiri, manakala PN meraih tiga kerusi dan DAP memenangi empat kerusi bagi PH.<\/p>\n<p>Keputusan itu memperlihatkan kejayaan strategi pembahagian kerusi antara BN dan PN, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan kerjasama politik kedua-dua gabungan itu diperluaskan ke negeri lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Pahang dicadangkan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, formula kerjasama BN-PN terbukti berkesan apabila kedua-dua gabungan itu mencatat kemenangan besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,549,409,192,4108,972,52,633,951,103,146],"authors":[],"class_list":["post-17962","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-bubar","tag-dun","tag-melaka","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-pahang","tag-perak","tag-pilihan-raya","tag-pn","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17962","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17962"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17962\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17963,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17962\/revisions\/17963"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17962"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}