{"id":17964,"date":"2026-11-15T04:26:38","date_gmt":"2026-11-15T04:26:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17964"},"modified":"2026-11-15T04:26:38","modified_gmt":"2026-11-15T04:26:38","slug":"sultan-nazrin-ingatkan-pemimpin-jangan-sembunyi-suara-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sultan-nazrin-ingatkan-pemimpin-jangan-sembunyi-suara-rakyat\/","title":{"rendered":"Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Pemimpin dan pemegang jawatan perlu menjunjung integriti serta berani menyampaikan nasihat yang benar kepada raja, termasuk perkara yang mungkin pahit untuk didengar.<\/p>\n<p>Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, setiap individu yang diberikan kedudukan dan amanah perlu mengutamakan kepentingan rakyat, berkhidmat dengan ikhlas serta menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan, pembesar yang mendampingi institusi raja mempunyai tanggungjawab memastikan suara dan rintihan rakyat disampaikan kepada pengetahuan pemerintah.<\/p>\n<p>\u201cPara pembesar yang mendampingi takhta, wajib menjunjung integriti, menyembahkan nasihat yang benar betapa pahit sekalipun dan memastikan suara dan rintihan rakyat sampai kepada pengetahuan raja, agar raja pemerintah tidak leka diulit mimpi indah tetapi palsu,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-70 Sultan Perak di Istana Iskandariah, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam titah itu, baginda turut menyentuh kepentingan menghayati warisan Kesultanan Perak menerusi dua alat kebesaran diraja, iaitu Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari yang diwarisi daripada Kesultanan Melaka.<\/p>\n<p>Menurut baginda, kedua-dua alat kebesaran itu bukan sekadar lambang sejarah dan kekuasaan, sebaliknya membawa amanah serta peringatan mengenai hubungan antara raja, rakyat dan negeri.<\/p>\n<p>\u201cWarisan yang mengingatkan kita bahawa kekuatan hendaklah dipandu oleh akal, keberanian dipimpin kebenaran, dan kekuasaan dilaksanakan dengan adil,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut mengingatkan setiap pemegang kuasa supaya memiliki keberanian menegakkan kebenaran, namun keberanian itu perlu disertai kebijaksanaan dan kejujuran.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin bertitah, sesuatu istiadat tidak seharusnya dilihat sekadar upacara rasmi, sebaliknya perlu menanam kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam sebuah negeri beraja dan rakyat bersultan.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan kepentingan masyarakat mengenali sejarah dan akar jati diri, terutama ketika negara bergerak pantas menghadapi perubahan zaman.<\/p>\n<p>Dalam konteks pemerintahan moden, Sultan Nazrin bertitah, amanah pemerintahan menuntut penghormatan terhadap Perlembagaan, keluhuran undang-undang, keadilan pentadbiran serta perlindungan terhadap kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKuasa wajib disempurnakan secara adil, pertimbangan wajib berpandukan hikmah dan keputusan wajib menimbangkan kesejahteraan rakyat,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Titah itu sekali lagi mengingatkan golongan pemimpin dan pentadbir negara, integriti bukan sekadar prinsip peribadi, sebaliknya asas penting dalam memastikan pemerintahan yang adil, telus dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin dan pemegang jawatan perlu menjunjung integriti serta berani menyampaikan nasihat yang benar kepada raja, termasuk perkara yang mungkin pahit untuk didengar. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, setiap individu yang diberikan kedudukan dan amanah perlu mengutamakan kepentingan rakyat, berkhidmat dengan ikhlas serta menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi. Baginda menegaskan, pembesar yang mendampingi institusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2868,2111,506,24,3701,1529],"authors":[],"class_list":["post-17964","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-integriti","tag-raja","tag-rakyat","tag-rasuah","tag-sultan-nazrin-muizzuddin-shah","tag-sultan-perak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17964","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17964"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17964\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17965,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17964\/revisions\/17965"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17964"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17964"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17964"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17964"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}