{"id":17970,"date":"2026-11-15T04:35:55","date_gmt":"2026-11-15T04:35:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17970"},"modified":"2026-11-15T04:35:55","modified_gmt":"2026-11-15T04:35:55","slug":"syed-abu-hussin-pertimbang-guna-tiket-pkr-di-bukit-gantang-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syed-abu-hussin-pertimbang-guna-tiket-pkr-di-bukit-gantang-laporan\/","title":{"rendered":"Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, sedang mempertimbangkan kemungkinan bertanding semula di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menggunakan tiket PKR atau sebagai calon Bebas.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedua-dua pilihan itu sedang dipertimbangkan, termasuk kemungkinan menyertai PKR dan bergerak bersama Presiden parti itu, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cSaya melihat ada dua kemungkinan. Pertama, saya bertanding sebagai calon Bebas dan kedua, ada kemungkinan saya bersama dengan Anwar Ibrahim melalui PKR.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu melihat sejauh mana rakyat hari ini menilai seseorang wakil rakyat berdasarkan khidmat yang diberikan, bukan semata-mata kerana lambang parti,\u201d katanya lapor Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Menurutnya, parti politik hanyalah platform untuk membawa perjuangan, manakala kemampuan seseorang wakil rakyat perlu dinilai berdasarkan prestasi dan khidmat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, parti hanyalah platform perjuangan. Perjuangan sebenar kembali kepada individu. Kita tidak boleh menganggap seseorang itu tidak mampu berkhidmat hanya kerana dia tidak berada dalam parti tertentu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui laluan sebagai calon Bebas bukan sesuatu yang mudah kerana kekuatan parti masih menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi pilihan pengundi.<\/p>\n<p>Syed Abu Hussin sebelum ini merupakan antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada pentadbiran Anwar pada penghujung 2023, sekali gus mencetuskan krisis dalaman parti itu.<\/p>\n<p>Susulan tindakan berkenaan, beliau dipecat daripada Bersatu bersama lima Ahli Parlimen lain iaitu Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).<\/p>\n<p>Syed Abu Hussin mula dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada PRU14 2018 menerusi tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,089 undi.<\/p>\n<p>Beliau kemudian meninggalkan UMNO selepas BN tewas pada pilihan raya itu sebelum menyertai Bersatu pada Jun 2020.<\/p>\n<p>Pada PRU-15 2022, beliau mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti lebih besar iaitu 12,756 undi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, sedang mempertimbangkan kemungkinan bertanding semula di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) menggunakan tiket PKR atau sebagai calon Bebas. Beliau berkata, kedua-dua pilihan itu sedang dipertimbangkan, termasuk kemungkinan menyertai PKR dan bergerak bersama Presiden parti itu, Anwar Ibrahim. \u201cSaya melihat ada dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17971,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,5650,309,633,9,5649],"authors":[],"class_list":["post-17970","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-bukit-gantang","tag-parlimen","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-syed-abu-hussin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17970"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17972,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17970\/revisions\/17972"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17971"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17970"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}