{"id":17973,"date":"2026-11-15T09:17:17","date_gmt":"2026-11-15T09:17:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17973"},"modified":"2026-11-15T09:17:17","modified_gmt":"2026-11-15T09:17:17","slug":"bn-belum-fikir-kerjasama-dengan-pn-untuk-hadapi-pru-16-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-belum-fikir-kerjasama-dengan-pn-untuk-hadapi-pru-16-zahid\/","title":{"rendered":"BN belum fikir kerjasama dengan PN untuk hadapi PRU-16: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) belum mempunyai sebarang perancangan untuk membentuk kerjasama politik secara rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan antara kedua-dua gabungan politik itu setakat ini hanya berlandaskan persefahaman politik atau &#8216;tafahum siyasi&#8217;, seperti yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan BN dan PN mengadakan perbincangan mengenai kerjasama lebih besar sekiranya keadaan memerlukan pada masa depan.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang kita lalui, khususnya untuk PRN Negeri Sembilan dan Melaka adalah &#8216;tafahum siyasi&#8217; atau kesefahaman politik.<\/p>\n<p>&#8220;Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama,&#8221; katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Brickfields, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu menyusul kejayaan BN dan PN memperoleh majoriti dua pertiga pada PRN Melaka Ke-16 selepas kedua-dua gabungan berkenaan menguasai 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>BN memenangi 21 kerusi, manakala PN memperoleh tiga kerusi. Pakatan Harapan (PH) pula hanya berjaya mempertahankan empat kerusi.<\/p>\n<p>Keputusan itu turut mengulangi kejayaan formula persefahaman politik BN-PN pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Kerjasama secara tidak rasmi antara kedua-dua gabungan itu dilihat memberi kesan kepada landskap politik negeri, khususnya dalam usaha mengelakkan pertembungan sesama parti yang berpotensi memecahkan undi.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas kemungkinan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-16, Ahmad Zahid berkata perkara itu terletak di bawah kuasa dan mandat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Perdana Menteri mempunyai hak untuk menentukan masa sesuai bagi membubarkan Parlimen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) belum mempunyai sebarang perancangan untuk membentuk kerjasama politik secara rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan antara kedua-dua gabungan politik itu setakat ini hanya berlandaskan persefahaman politik atau &#8216;tafahum siyasi&#8217;, seperti yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,824,100,126,951,101,146],"authors":[],"class_list":["post-17973","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-kerjasama","tag-kerusi","tag-pas","tag-pn","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17973","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17973"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17973\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17974,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17973\/revisions\/17974"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17973"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17973"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17973"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17973"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}