{"id":17977,"date":"2026-11-15T09:20:48","date_gmt":"2026-11-15T09:20:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17977"},"modified":"2026-11-15T09:20:48","modified_gmt":"2026-11-15T09:20:48","slug":"malaysia-mahu-asean-serius-tangani-jerebu-rentas-sempadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-mahu-asean-serius-tangani-jerebu-rentas-sempadan\/","title":{"rendered":"Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia berharap cadangan memperkenalkan pendekatan Diplomasi Sains dan penubuhan Dana Jerebu Mampan mendapat pertimbangan serius negara anggota ASEAN bagi memperkukuh usaha menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua inisiatif itu penting bagi memperkukuh kerjasama saintifik, meningkatkan proses membuat keputusan berasaskan bukti serta memastikan pembiayaan lebih mampan untuk melaksanakan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).<\/p>\n<p>Menurut beliau, cadangan berkenaan sudah dikemukakan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Serantau (MSC) di Bali, Indonesia, Julai lalu.<\/p>\n<p>Malaysia berharap keutamaan itu dapat dibawa ke Persidangan Negara-Negara Pihak (COP) kepada AATHP yang dijadual berlangsung pada Disember ini.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia juga berharap usaha ini dapat diteruskan menerusi kepengerusian negara dalam MSC pada tahun depan,&#8221; katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan perlindungan biodiversiti ASEAN bukan sekadar tanggungjawab menjaga alam sekitar, sebaliknya turut berkait rapat dengan kedaulatan rantau ini.<\/p>\n<p>Katanya, negara anggota ASEAN perlu memperkukuh tadbir urus serantau bagi memastikan sumber biodiversiti digunakan secara mampan dan adil, selain dilindungi daripada eksploitasi pihak luar.<\/p>\n<p>&#8220;Melindungi biodiversiti ASEAN bukan sekadar soal menjaga alam sekitar, tetapi juga berkait rapat dengan kedaulatan rantau kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan tanggungjawab bersama negara anggota dalam memastikan kekayaan biodiversiti rantau ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN semalam menggesa operasi Pusat Penyelarasan ASEAN bagi kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan disegerakan susulan kebimbangan terhadap kemerosotan kualiti udara di beberapa negara Asia Tenggara.<\/p>\n<p>Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang turut memberi tumpuan kepada keperluan memperkukuh tindakan bersama menangani kebakaran hutan dan tanah, yang menjadi antara punca utama jerebu di rantau ini.<\/p>\n<p>Isu jerebu rentas sempadan terus menjadi cabaran serantau setiap tahun, khususnya ketika musim kering apabila kebakaran hutan dan pembakaran terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara merentasi sempadan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia berharap cadangan memperkenalkan pendekatan Diplomasi Sains dan penubuhan Dana Jerebu Mampan mendapat pertimbangan serius negara anggota ASEAN bagi memperkukuh usaha menangani pencemaran jerebu rentas sempadan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua inisiatif itu penting bagi memperkukuh kerjasama saintifik, meningkatkan proses membuat keputusan berasaskan bukti serta memastikan pembiayaan lebih mampan untuk melaksanakan Perjanjian ASEAN mengenai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10085,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,221,5651,4820,18],"authors":[],"class_list":["post-17977","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-asean","tag-dana-jerebu-mampan","tag-jerebu","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17977"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17978,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17977\/revisions\/17978"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17977"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}