{"id":17990,"date":"2026-11-15T18:17:56","date_gmt":"2026-11-15T18:17:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17990"},"modified":"2026-11-15T18:17:56","modified_gmt":"2026-11-15T18:17:56","slug":"tiga-pelancong-malaysia-didenda-rm1447-gara-gara-halang-trafik-di-hat-yai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiga-pelancong-malaysia-didenda-rm1447-gara-gara-halang-trafik-di-hat-yai\/","title":{"rendered":"Tiga pelancong Malaysia didenda RM1,447 gara-gara halang trafik di Hat Yai"},"content":{"rendered":"<p>Tiga pelancong lelaki dari Malaysia dikenakan denda keseluruhan 12,000 baht (kira-kira RM1,447) oleh polis Thailand selepas didapati melakukan aksi pemanduan berbahaya sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas di Hat Yai, awal pagi Ahad.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga lelaki berusia antara 26 hingga 30 tahun itu turut didapati melakukan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi peraturan undang-undang Thailand.<\/p>\n<p>Timbalan Inspektor Trafik Balai Polis Hat Yai, Leftenan Polis Prut Pattanapran berkata, pihaknya mengambil tindakan selepas menerima aduan orang ramai berhubung tindakan sekumpulan pemandu yang menghalang lalu lintas di Jalan Phetkasem.<\/p>\n<p>Menurutnya, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu membabitkan tiga kereta bernombor pendaftaran Malaysia berwarna biru, merah dan putih serta sebuah kereta hitam milik warga tempatan.<\/p>\n<p>Kesemua kenderaan terbabit dipercayai bergerak dalam satu barisan sebelum melakukan beberapa pusingan U dan aksi pemanduan yang mengganggu pengguna jalan raya lain.<\/p>\n<p>&#8220;Pemandu kereta hitam yang berada di hadapan dipercayai merakam video untuk kandungan media sosial, manakala kumpulan kenderaan itu beberapa kali melakukan pusingan U dengan bunyi ekzos yang kuat serta menghalang lalu lintas,&#8221; katanya kepada pemberita pada Ahad.<\/p>\n<p>Prut berkata, tindakan kumpulan terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan sebelum rakaman kejadian tersebar di media sosial.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan kumpulan pelancong itu dipercayai sedang menghasilkan kandungan media sosial ketika melakukan aksi berkenaan dan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya peraturan jalan raya di Thailand.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan denda 4,000 baht (kira-kira RM482) sebelum dibebaskan pada Ahad.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Prut mengingatkan pelancong asing supaya memahami serta menghormati undang-undang negara itu, khususnya berkaitan peraturan jalan raya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan tindakan melanggar peraturan bukan sahaja boleh mengundang tindakan undang-undang, malah menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.<\/p>\n<p>Hat Yai di wilayah Songkhla merupakan antara destinasi pilihan pelancong Malaysia, terutama dari kawasan utara Semenanjung, untuk membeli-belah dan bercuti. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiga pelancong lelaki dari Malaysia dikenakan denda keseluruhan 12,000 baht (kira-kira RM1,447) oleh polis Thailand selepas didapati melakukan aksi pemanduan berbahaya sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas di Hat Yai, awal pagi Ahad. Ketiga-tiga lelaki berusia antara 26 hingga 30 tahun itu turut didapati melakukan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi peraturan undang-undang Thailand. Timbalan Inspektor Trafik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5653,38,211,2311,290],"authors":[],"class_list":["post-17990","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-hat-yai","tag-malaysia","tag-pemandu","tag-polis-thailand","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17990","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17990"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17990\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17992,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17990\/revisions\/17992"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17990"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17990"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17990"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17990"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}