{"id":17999,"date":"2026-11-16T04:40:44","date_gmt":"2026-11-16T04:40:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=17999"},"modified":"2026-11-16T04:40:44","modified_gmt":"2026-11-16T04:40:44","slug":"menang-besar-melaka-bn-tidak-mahu-terburu-buru-adakan-prn-di-negeri-lain-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menang-besar-melaka-bn-tidak-mahu-terburu-buru-adakan-prn-di-negeri-lain-zahid\/","title":{"rendered":"Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri lain meskipun mencatat kemenangan besar pada PRN Melaka Ke-16, Sabtu lalu.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengadakan pilihan raya perlu mengambil kira keadaan politik dan kesesuaian di setiap negeri, bukannya dibuat berdasarkan kejayaan BN di Melaka semata-mata.<\/p>\n<p>Katanya, beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing untuk menilai masa sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang keputusan juga perlu mengambil kira perkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri sebelum tindakan pembubaran DUN dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cKita baru saja selesai Melaka. Jadi kita tidak mahu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya serahkan kepada Ketua Menteri ataupun Menteri Besar di negeri masing-masing untuk melihat bagaimana situasinya dan mempersembahkan serta memberi nasihat kepada Tuanku, Tuan Yang Terutama dan Yang di-Pertua Negeri jika ia bersesuaian.<\/p>\n<p>\u201cTetapi biarlah kita selesaikan satu persatu dahulu,\u201d katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4\/2026, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) di Kompleks Sukan Bagan Datuk, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir selepas kejayaan besar BN pada PRN Melaka yang menyaksikan parti itu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga dengan kekuatan sendiri.<\/p>\n<p>Keputusan itu turut mencetuskan perbincangan mengenai kemungkinan pilihan raya di negeri lain, khususnya Perak dan Pahang, yang masih mempunyai ruang untuk menentukan hala tuju politik masing-masing.<\/p>\n<p>Semalam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi menggesa supaya DUN Perak dan Pahang dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya susulan kejayaan BN dalam tiga siri PRN.<\/p>\n<p>Beliau turut berpandangan formula kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi membawa kejayaan dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Dalam PRN Melaka, BN muncul sebagai parti paling dominan dengan 21 kerusi, manakala PN memenangi tiga kerusi dan DAP memperoleh baki empat kerusi bagi Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan BN di Melaka, namun Zahid memberi isyarat parti itu tidak akan menjadikan keputusan berkenaan sebagai alasan untuk mempercepatkan pilihan raya di negeri lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri lain meskipun mencatat kemenangan besar pada PRN Melaka Ke-16, Sabtu lalu. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengadakan pilihan raya perlu mengambil kira keadaan politik dan kesesuaian di setiap negeri, bukannya dibuat berdasarkan kejayaan BN di Melaka semata-mata. Katanya, beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,549,409,192,103,146],"authors":[],"class_list":["post-17999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-bubar","tag-dun","tag-melaka","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=17999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18000,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/17999\/revisions\/18000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=17999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=17999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=17999"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=17999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}