{"id":18003,"date":"2026-11-16T04:52:05","date_gmt":"2026-11-16T04:52:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18003"},"modified":"2026-11-16T04:52:05","modified_gmt":"2026-11-16T04:52:05","slug":"43-ditahan-26-didakwa-lombong-kripto-haram-di-manjung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/43-ditahan-26-didakwa-lombong-kripto-haram-di-manjung\/","title":{"rendered":"43 ditahan, 26 didakwa lombong kripto haram di Manjung"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 43 individu ditahan menerusi 265 serbuan bagi membanteras kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram di sekitar Manjung, Perak sejak 2024 hingga Ogos lalu.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, seramai 26 individu telah didakwa di mahkamah, manakala pihak berkuasa turut merampas 823 mesin perlombongan mata wang kripto dalam operasi berkenaan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah berkata, operasi itu dijalankan menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).<\/p>\n<p>Menurutnya, antara cabaran utama pihak berkuasa ialah mengenal pasti individu yang menjadi dalang kegiatan berkenaan kerana kebanyakan operasi dijalankan di premis sewaan dengan akaun elektrik didaftarkan menggunakan nama pihak ketiga.<\/p>\n<p>\u201cKegiatan ini berselindung di sebalik premis sewaan dan akaun elektrik atas nama pihak ketiga bagi mengelirukan pihak berkuasa serta menyukarkan usaha mengesan individu yang sebenarnya mengendalikan operasi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cDalam sesetengah kes, pemilik premis, pemegang akaun elektrik dan individu yang mengendalikan mesin perlombongan merupakan pihak berbeza,\u201d katanya di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mengenai kegiatan perlombongan mata wang kripto haram yang masih berleluasa di Manjung serta kesukaran pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.<\/p>\n<p>Shamsul Anuar berkata, daripada keseluruhan jumlah serbuan, sebanyak 65 operasi dijalankan di Ayer Tawar, Beruas, Kampung Koh, Pantai Remis, Pekan Gurney, Segari dan Sitiawan.<\/p>\n<p>Operasi di kawasan berkenaan membawa kepada penahanan sembilan individu, dengan tiga daripadanya telah didakwa di mahkamah.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan penggunaan dompet mata wang kripto dan platform yang berpangkalan di luar negara menyukarkan proses siasatan kerana melibatkan bidang kuasa antarabangsa.<\/p>\n<p>Katanya, pihak berkuasa memerlukan bukti teknikal, forensik dan digital yang kukuh, termasuk bukti berkaitan sambungan serta penggunaan elektrik secara haram sebelum kes boleh dibawa ke mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cUntuk membawa individu terlibat ke mahkamah, pihak berkuasa memerlukan bukti kukuh termasuk bukti teknikal, forensik, digital serta bukti berkaitan sambungan atau penggunaan elektrik secara haram,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kesalahan berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik, manakala kes yang mempunyai unsur khianat boleh disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas dakwaan kemungkinan wujud unsur rasuah membabitkan anggota polis, pegawai TNB atau Majlis Perbandaran Manjung, beliau berkata tiada kes sedemikian direkodkan dalam rekod polis.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai bukti mengenai sebarang salah laku atau penglibatan pegawai dalam kegiatan rasuah.<\/p>\n<p>\u201cPihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan semua aduan akan disiasat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat bukti kesalahan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 43 individu ditahan menerusi 265 serbuan bagi membanteras kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram di sekitar Manjung, Perak sejak 2024 hingga Ogos lalu. Daripada jumlah itu, seramai 26 individu telah didakwa di mahkamah, manakala pihak berkuasa turut merampas 823 mesin perlombongan mata wang kripto dalam operasi berkenaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[22,5657,43,1831,1637,639],"authors":[],"class_list":["post-18003","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kdn","tag-mata-wang-kripto","tag-pdrm","tag-perlombongan","tag-shamsul-anuar-nasarah","tag-tnb"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18003","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18003"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18003\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18005,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18003\/revisions\/18005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18003"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}