{"id":18006,"date":"2026-11-16T04:55:39","date_gmt":"2026-11-16T04:55:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18006"},"modified":"2026-11-16T04:55:39","modified_gmt":"2026-11-16T04:55:39","slug":"mp-pasir-gudang-disiasat-berhubung-sajak-patik-tak-rela-kritik-isu-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mp-pasir-gudang-disiasat-berhubung-sajak-patik-tak-rela-kritik-isu-najib\/","title":{"rendered":"MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak \u2018Patik Tak Rela\u2019 kritik isu Najib"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung sajak karyanya berjudul &#8216;Patik Tak Rela&#8217; yang tular di media sosial.<\/p>\n<p>Hassan berkata, beliau diminta hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada jam 3 petang bagi memberikan keterangan berhubung sajak berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Dengan hormatnya dimaklumkan, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil untuk siasatan ke USJT, Bukit Aman.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan berkaitan sebuah sajak karya saya yang tular di media sosial bertajuk &#8216;Patik Tak Rela&#8217;,&#8221; katanya menerusi kenyataan pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Hassan menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad meluahkan rasa kecewa berhubung isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Menerusi sajak tersebut, beliau mempersoalkan sama ada tindakan menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara yang dianggap sebagai ketidakadilan boleh ditafsirkan sebagai perbuatan derhaka.<\/p>\n<p>Hassan yang juga seorang peguam turut menekankan prinsip keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan, pangkat atau darjat seseorang.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan sikap berdiam diri apabila berdepan ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.<\/p>\n<p>Sajak &#8216;Patik Tak Rela&#8217; itu mencetuskan perhatian selepas dikongsikan di media sosial, khususnya susulan perdebatan mengenai isu Najib dan prinsip keadilan dalam sistem perundangan negara.<\/p>\n<p>Pemanggilan Hassan ke Bukit Aman bagi membantu siasatan itu menyusul selepas karya berkenaan mendapat perhatian umum.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung sajak karyanya berjudul &#8216;Patik Tak Rela&#8217; yang tular di media sosial. Hassan berkata, beliau diminta hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada jam 3 petang bagi memberikan keterangan berhubung sajak berkenaan. &#8220;Dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1213,1051,121,1821,9,5658,23,865],"authors":[],"class_list":["post-18006","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bukit-aman","tag-hassan-abdul-karim","tag-najib","tag-pasir-gudang","tag-pkr","tag-sajak","tag-siasatan","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18006"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18007,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18006\/revisions\/18007"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18006"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}