{"id":18011,"date":"2026-11-16T05:02:26","date_gmt":"2026-11-16T05:02:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18011"},"modified":"2026-11-16T05:02:26","modified_gmt":"2026-11-16T05:02:26","slug":"mahkamah-tolak-semakan-kehakiman-mukhriz-isu-cukai-rm5-juta-lhdn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-tolak-semakan-kehakiman-mukhriz-isu-cukai-rm5-juta-lhdn\/","title":{"rendered":"Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tuntutan tunggakan cukai berjumlah RM5.02 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Md Arshad pada Isnin selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang membolehkan Mukhriz mengetepikan saluran rayuan berkanun dan terus menggunakan proses semakan kehakiman.<\/p>\n<p>Ketika membacakan keputusan, Azizan berkata, semua isu berhubung taksiran cukai berkenaan perlu diputuskan terlebih dahulu oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) menerusi mekanisme rayuan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.<\/p>\n<p>Menurutnya, mahkamah menerima hujahan LHDN yang memaklumkan Mukhriz sudah memfailkan rayuan terhadap taksiran cukai itu dan proses berkenaan masih berjalan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, mahkamah berpendapat permohonan ini merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan itu hanya menyentuh isu bidang kuasa dan tidak melibatkan merit atau asas pertikaian cukai berkenaan.<\/p>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan Mukhriz membayar kos sebanyak RM5,000 kepada LHDN.<\/p>\n<p>Mukhriz sebelum ini memohon semakan kehakiman bagi membatalkan notis tuntutan cukai yang dikeluarkan LHDN membabitkan tempoh taksiran 2017 hingga 2019.<\/p>\n<p>Jumlah tuntutan itu merangkumi taksiran tambahan sebanyak RM2,558,875.90 bagi 2017, RM2,445,004.91 bagi 2018 dan RM16,826.37 bagi 2019.<\/p>\n<p>Pada 2 Januari lalu, beliau memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berkenaan.<\/p>\n<p>Terdahulu, pada 20 Disember 2024, Mukhriz memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.<\/p>\n<p>Beliau memohon mahkamah membatalkan keputusan LHDN mengeluarkan notis tuntutan cukai atas alasan tindakan itu menyalahi undang-undang dan tidak munasabah.<\/p>\n<p>Mukhriz turut memohon deklarasi supaya penalti yang dikenakan di bawah Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 diisytiharkan terbatal dan melampaui kuasa undang-undang.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan menggugurkan Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden selepas mendapati pertikaian berkenaan hanya melibatkan LHDN.<\/p>\n<p>Mahkamah turut menjelaskan pihak-pihak masih mempunyai hak membawa perkara itu ke mahkamah selepas proses rayuan di SCIT selesai, tertakluk kepada peruntukan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tuntutan tunggakan cukai berjumlah RM5.02 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Md Arshad pada Isnin selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang membolehkan Mukhriz mengetepikan saluran rayuan berkanun dan terus menggunakan proses semakan kehakiman. Ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11023,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,132,4046,538,422],"authors":[],"class_list":["post-18011","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-lhdn","tag-mukhriz-mahathir","tag-pejuang","tag-semakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18011","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18011"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18011\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18012,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18011\/revisions\/18012"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11023"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18011"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18011"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18011"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18011"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}