{"id":18013,"date":"2026-11-16T05:07:53","date_gmt":"2026-11-16T05:07:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18013"},"modified":"2026-11-16T05:07:53","modified_gmt":"2026-11-16T05:07:53","slug":"pas-tiada-sebab-serah-jawatan-pm-kepada-umno-kadir-jasin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-tiada-sebab-serah-jawatan-pm-kepada-umno-kadir-jasin\/","title":{"rendered":"PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO \u2013 Kadir Jasin"},"content":{"rendered":"<p>Tidak masuk akal untuk PAS menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata wartawan veteran, A Kadir Jasin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedudukan PAS yang mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen berbanding UMNO menjadi antara faktor parti itu tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menerajui kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPAS tidak maksum, tetapi kepemimpinannya dilihat lebih berintegriti berbanding UMNO,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Menurut Kadir, PAS juga berisiko terpalit dengan rekod buruk UMNO sekiranya terus menjalin kerjasama politik tanpa mengambil kira kesan terhadap imej dan kedudukan parti itu.<\/p>\n<p>Pandangan itu timbul susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November lalu yang menyaksikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Pakatan Harapan (PH) pula hanya memperoleh empat kerusi, semuanya dimenangi calon DAP.<\/p>\n<p>Kadir berkata, kemenangan besar BN bukan sesuatu yang mengejutkan kerana UMNO masih mempunyai pengaruh kuat di selatan Semenanjung, selain menunjukkan tanda pemulihan sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan sokongan berkenaan mula kembali apabila UMNO semakin lantang mengkritik DAP dan merenggangkan hubungan dengan PH, bermula di Johor sebelum diikuti Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>Keputusan PRN Melaka juga memberi gambaran kerjasama BN dan PN berjaya menarik sebahagian pengundi Melayu yang melihat kesepakatan itu sebagai usaha menumbangkan PH.<\/p>\n<p>\u201cMereka melihatnya sebagai kesepakatan UMNO dan PAS bagi menamatkan riwayat PH,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Kadir mengingatkan kemenangan UMNO di negeri-negeri selatan tidak bermakna parti itu mampu mengembalikan pengaruh di kawasan utara dan Pantai Timur.<\/p>\n<p>Ini kerana PAS dan sekutunya dijangka mempertahankan kerusi yang dimenangi, termasuk kerusi yang sebelum ini menjadi milik UMNO.<\/p>\n<p>Beliau turut tidak menolak kemungkinan hubungan UMNO dan PAS kembali bergolak selepas kedua-duanya mencapai matlamat politik untuk menewaskan PH.<\/p>\n<p>\u201cApa yang akan berlaku setelah matlamat itu tercapai, cerita lain. Tidak mustahil PAS dan UMNO kembali bercakaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming meramalkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan BN-PN memenangi PRU-16.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, berdasarkan komposisi semasa Dewan Rakyat, PAS mempunyai 43 kerusi Parlimen berbanding UMNO dengan 26 kerusi.<\/p>\n<p>PAS sebelum ini turut menyatakan hasrat mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya pada PRU15, termasuk kerusi yang dirampas daripada UMNO.<\/p>\n<p>Pada PRU 2022, PAS mencatatkan kemaraan besar di Pantai Timur dan utara Semenanjung, manakala UMNO tewas di semua kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n<p>UMNO juga gagal memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Melaka dan Selangor, sekali gus memperlihatkan cabaran besar parti itu untuk mengembalikan pengaruh di peringkat nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak masuk akal untuk PAS menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata wartawan veteran, A Kadir Jasin. Beliau berkata, kedudukan PAS yang mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen berbanding UMNO menjadi antara faktor parti itu tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menerajui kerajaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18014,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5577,69,126,197,1079,146,5660],"authors":[],"class_list":["post-18013","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-a-kadir-jasin","tag-jawatan","tag-pas","tag-perdana-menteri","tag-pm","tag-umno","tag-wartawan-veteran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18013","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18013"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18013\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18015,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18013\/revisions\/18015"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18014"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18013"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18013"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18013"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18013"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}