{"id":18016,"date":"2026-11-16T05:11:46","date_gmt":"2026-11-16T05:11:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18016"},"modified":"2026-11-16T05:11:46","modified_gmt":"2026-11-16T05:11:46","slug":"dua-tahun-terhenti-litar-lumba-sungai-petani-disasar-siap-2027-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-tahun-terhenti-litar-lumba-sungai-petani-disasar-siap-2027-sanusi\/","title":{"rendered":"Dua tahun terhenti, Litar Lumba Sungai Petani disasar siap 2027: Sanusi"},"content":{"rendered":"<p>Projek pembangunan Litar Lumba Sungai Petani bernilai RM46 juta yang tertangguh hampir dua tahun dijangka siap pada pertengahan 2027 menerusi pelaksanaan pembiayaan swasta (PFI).<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek berkenaan kini diteruskan oleh syarikat Open Road bersama kontraktor menggunakan pembiayaan sendiri selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek itu memperoleh keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerja-kerja projek berkenaan terhenti dari Ogos 2023 hingga Ogos 2025 susulan siasatan berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Selepas keputusan NFA diperoleh, pihak Open Road bersama kontraktor mengambil inisiatif meneruskan pelaksanaan projek menggunakan pembiayaan sendiri,&#8221; katanya ketika menjawab soalan lisan Teh Swee Leong (PH-Kota Darul Aman) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Sanusi, pembangunan projek itu dibahagikan kepada dua komponen utama, iaitu fasa awal bernilai RM16 juta melibatkan kerja infrastruktur, penyediaan tempat letak kereta dan pembinaan litar drag.<\/p>\n<p>Baki RM30 juta pula diperuntukkan bagi pembinaan bangunan serta struktur utama.<\/p>\n<p>Katanya, pembangunan semasa dilaksanakan menggunakan dana swasta tanpa melibatkan peruntukan kerajaan bagi kerja pembinaan yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>Pada asalnya, projek berkenaan menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM30 juta.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, RM10 juta sudah dibelanjakan antara 2017 hingga 2019 bagi kerja pembersihan tapak, penyediaan tanah dan pembinaan jalan masuk, manakala baki RM20 juta belum digunakan.<\/p>\n<p>Sanusi turut menjelaskan isu pemilikan tanah perlu diberi perhatian, khususnya berkaitan kesesuaian penggunaan dana awam bagi pembangunan di atas tanah milik syarikat.<\/p>\n<p>Katanya, kedudukan pemilikan tanah serta asas penggunaan peruntukan kerajaan perlu diperjelas mengikut undang-undang dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Projek itu pada asalnya dirancang sebagai litar perlumbaan bertaraf antarabangsa setanding Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kos RM75 juta.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, rancangan berkenaan tidak diteruskan susulan beberapa faktor termasuk pandemik COVID-19 dan perubahan pentadbiran kerajaan. Pendekatan pembangunan kemudian dinilai semula pada 17 Mei 2020 supaya lebih bersesuaian dengan keperluan semasa serta kemampuan pembiayaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, syarikat terbabit sudah mengemukakan permohonan pengezonan dan sedang menyediakan dokumen bagi mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) penuh daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).<\/p>\n<p>Sanusi berkata, pembinaan bangunan dan struktur utama hanya boleh dimulakan selepas semua kelulusan berkaitan diperoleh serta syarat pembangunan dipatuhi.<\/p>\n<p>Mengulas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berkaitan kes pecah amanah RM40 juta, beliau berkata kerajaan negeri setakat ini tidak menerima maklumat atau pengesahan yang mengaitkan siasatan itu dengan kelewatan projek berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, tiada kesan terhadap jadual pelaksanaan projek dikenal pasti berpunca daripada siasatan tersebut dan pembangunan diteruskan mengikut perancangan semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Projek pembangunan Litar Lumba Sungai Petani bernilai RM46 juta yang tertangguh hampir dua tahun dijangka siap pada pertengahan 2027 menerusi pelaksanaan pembiayaan swasta (PFI). Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek berkenaan kini diteruskan oleh syarikat Open Road bersama kontraktor menggunakan pembiayaan sendiri selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[125,5661,408,126,124],"authors":[],"class_list":["post-18016","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kedah","tag-litar-lumba","tag-menteri-besar","tag-pas","tag-sanusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18016","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18016"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18016\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18017,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18016\/revisions\/18017"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18016"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18016"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18016"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18016"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}