{"id":18018,"date":"2026-11-16T05:15:23","date_gmt":"2026-11-16T05:15:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18018"},"modified":"2026-11-16T05:15:23","modified_gmt":"2026-11-16T05:15:23","slug":"parti-rafizi-mungkin-terkubur-awal-jika-terlalu-idealistik-puad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parti-rafizi-mungkin-terkubur-awal-jika-terlalu-idealistik-puad\/","title":{"rendered":"Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik \u2013 Puad"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersama berisiko gagal bertahan lama sekiranya terlalu idealistik dalam menentukan hala tuju politik tanpa mengambil kira realiti landskap politik negara.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd. Puad Zarkashi berkata, bukan mudah bagi sebuah parti baharu bergerak secara bersendirian kerana memerlukan kerjasama dengan parti lain untuk membina kekuatan politik.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendirian Bersama yang menolak politik identiti juga boleh menyukarkan parti itu mencari rakan kerjasama memandangkan kebanyakan parti politik utama negara mempunyai pendekatan politik sedemikian.<\/p>\n<p>\u201cAmat sukar untuk menjadi parti solo dalam konteks Malaysia. Kena cari rakan kongsi yang semuanya sudah terbabit dengan politik identiti.<\/p>\n<p>\u201cKalau terlalu idealistik, Bersama mungkin akan tutup kedai lebih awal sebelum tamat satu generasi,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan Puad itu menyusul selepas Bersama menegaskan pendirian untuk terus menentang politik identiti yang dikaitkan dengan UMNO, PAS dan DAP meskipun gagal memperoleh sebarang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.<\/p>\n<p>Lebih mengecewakan, parti itu kehilangan wang deposit di 15 daripada 16 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, perjuangan membina parti itu sebagai wadah menentang politik identiti perlu dinilai dalam tempoh satu generasi dan tidak boleh diukur berdasarkan keputusan pilihan raya semata-mata.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Puad berpandangan Bersama masih belum mempunyai isu atau tawaran politik yang mampu menarik perhatian rakyat sehingga mendorong pengundi mengubah sokongan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan parti itu terlalu bergantung kepada pengaruh Rafizi tanpa kekuatan isu yang mampu membina hubungan emosi dengan pengundi.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya Bersama ketandusan isu yang boleh memikat emosi rakyat. Isu yang dibawa Bersama tidak melekat kepada emosi dan imaginasi rakyat untuk melakukan &#8216;swing&#8217;,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Puad turut mempersoalkan kenyataan Rafizi yang menyifatkan PKR bermula daripada kosong dengan mengingatkan parti itu mendapat sokongan beberapa tokoh politik berpengaruh ketika penubuhannya.<\/p>\n<p>Katanya, PKR bukan bergerak tanpa sokongan kerana turut disertai bekas pemimpin yang mempunyai pengikut setia, selain menjalinkan kerjasama dengan DAP untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.<\/p>\n<p>\u201cRafizi mendabik dada, kononnya dia antara yang terawal menghidupkan PKR. Ia bermula dengan kosong.<\/p>\n<p>\u201cTapi dia lupa, PKR didukung ramai tokoh bekas pemimpin yang ada pengikut setia. Ketika itu PKR juga bergabung dengan DAP untuk menapak naik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersama berisiko gagal bertahan lama sekiranya terlalu idealistik dalam menentukan hala tuju politik tanpa mengambil kira realiti landskap politik negara. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd. Puad Zarkashi berkata, bukan mudah bagi sebuah parti baharu bergerak secara bersendirian kerana memerlukan kerjasama dengan parti lain untuk membina kekuatan politik. Menurutnya, pendirian Bersama yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,4108,633,8,146],"authors":[],"class_list":["post-18018","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-pilihan-raya","tag-rafizi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18018","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18018"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18018\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18019,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18018\/revisions\/18019"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18018"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18018"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18018"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18018"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}