{"id":18025,"date":"2026-11-16T08:01:24","date_gmt":"2026-11-16T08:01:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18025"},"modified":"2026-11-16T08:01:24","modified_gmt":"2026-11-16T08:01:24","slug":"anwar-ke-shenzhen-bakal-temui-xi-jinping-semasa-apec","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ke-shenzhen-bakal-temui-xi-jinping-semasa-apec\/","title":{"rendered":"Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shenzhen, China dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 serta mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China, Xi Jinping.<\/p>\n<p>Duta Besar Malaysia ke China, Norman Muhamad berkata, lawatan itu merupakan kunjungan keenam Anwar ke China sejak memegang jawatan Perdana Menteri, selepas lawatan terakhir ke Shanghai dan Hangzhou pada September lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, Anwar akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani serta Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bersama pegawai kanan kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Perdana Menteri dijadualkan menghadiri majlis pembukaan Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC pada pagi 18 November, dengan Xi dijangka menyampaikan ucaptama pada acara berkenaan,&#8221; katanya pada sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut dijadualkan menyampaikan ucapan bertajuk &#8216;Rethinking Openness: Building Shared Prosperity in the Asia Pacific&#8217; pada sidang kemuncak berkenaan.<\/p>\n<p>Pada hari berikutnya, beliau akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33 dan menyampaikan Kenyataan Negara bertemakan &#8216;Building an Asia-Pacific Community to Prosper Together&#8217;.<\/p>\n<p>Di luar mesyuarat utama itu, Anwar turut dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin ekonomi APEC, termasuk Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dan Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-chiu.<\/p>\n<p>Kemuncak lawatan berkenaan ialah pertemuan dua hala dengan Xi pada 20 November di Rumah Tetamu Negara Qilin Villa, Shenzhen.<\/p>\n<p>Norman berkata, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-China, khususnya dalam perdagangan, pelaburan, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), inisiatif Dua Negara, Taman Berkembar, pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).<\/p>\n<p>Kerjasama dalam ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), industri semikonduktor, pelancongan dan pembangunan pelabuhan turut menjadi antara agenda perbincangan.<\/p>\n<p>&#8220;Pertemuan ini penting untuk meneroka peluang kerjasama baharu serta memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Selain agenda diplomatik, Anwar juga dijadualkan bertemu pemain industri utama pada 18 dan 19 November bagi membincangkan peluang perniagaan dan pelaburan, termasuk menerusi Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).<\/p>\n<p>Lawatan itu berlangsung ketika China terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut sejak 2009.<\/p>\n<p>Jumlah perdagangan kedua-dua negara pada 2025 meningkat 11.8 peratus kepada RM541.54 bilion, merangkumi eksport Malaysia bernilai RM188.89 bilion dan import sebanyak RM352.66 bilion.<\/p>\n<p>Hubungan perdagangan yang semakin berkembang itu menjadikan pertemuan Anwar-Xi penting dalam usaha memperluas akses pasaran, menarik pelaburan berkualiti serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan serantau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shenzhen, China dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 serta mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China, Xi Jinping. Duta Besar Malaysia ke China, Norman Muhamad berkata, lawatan itu merupakan kunjungan keenam Anwar ke [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2243,5664,189,18,5663,1212],"authors":[],"class_list":["post-18025","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-apec","tag-asia-pasifik","tag-china","tag-pmx","tag-shenzhen","tag-xi-jinping"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18025","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18025"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18025\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18026,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18025\/revisions\/18026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18025"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18025"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18025"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18025"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}