{"id":18027,"date":"2026-11-16T08:03:43","date_gmt":"2026-11-16T08:03:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18027"},"modified":"2026-11-16T08:03:43","modified_gmt":"2026-11-16T08:03:43","slug":"pas-sedia-runding-kerusi-dun-terengganu-dengan-bn-samsuri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-sedia-runding-kerusi-dun-terengganu-dengan-bn-samsuri\/","title":{"rendered":"PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri"},"content":{"rendered":"<p>PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekiranya kerjasama politik antara kedua-dua parti dapat direalisasikan.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu boleh dibincangkan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing, khususnya melibatkan lima kerusi DUN yang kini disandang wakil selain PAS.<\/p>\n<p>Menurutnya, DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan PAS ketika ini menguasai sebahagian besar kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKita sedia maklum DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan hanya lima kerusi disandang wakil selain PAS.<\/p>\n<p>\u201cPerkara berkaitan lima kerusi tersebut boleh dibincangkan antara PN dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing,\u201d katanya selepas membentangkan Belanjawan 2027 pada Persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan kerjasama PAS dan BN diperluaskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), Ahmad Samsuri berkata, kerjasama yang mula dibentuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka boleh menjadi asas kepada persefahaman lebih besar antara kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi PN berkata, perbincangan mengenai kerjasama menghadapi pilihan raya negeri masih belum sampai ke peringkat pembahagian kerusi kerana kedua-dua pihak perlu menyelesaikan beberapa perkara secara berperingkat.<\/p>\n<p>Katanya, keutamaan ketika ini adalah melihat bagaimana kerjasama politik dapat membantu pembentukan dan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebelum perbincangan seterusnya diteruskan.<\/p>\n<p>Mengenai formula pembahagian kerusi sekiranya kerjasama itu diperluaskan sehingga PRU-16, Ahmad Samsuri berkata, pendekatan di Melaka mempunyai aturan tersendiri dengan prinsip mengekalkan status quo sebagai asas rundingan.<\/p>\n<p>Menurutnya, prinsip itu perlu diterima semua pihak bagi memastikan pembahagian kerusi dilakukan secara adil.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menjelaskan tiada perubahan kedudukan Exco Bersatu dalam kerajaan negeri Terengganu seperti yang berlaku di Kelantan.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan negeri turut mempunyai timbalan Exco daripada pelbagai parti termasuk PAS dan Bersatu, manakala sebarang masalah membabitkan jawatan berkenaan akan ditangani mengikut keadaan semasa.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Kamaruddin Md Nor digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 9 November lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekiranya kerjasama politik antara kedua-dua parti dapat direalisasikan. Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu boleh dibincangkan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing, khususnya melibatkan lima kerusi DUN yang kini disandang wakil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8830,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,378,409,100,126,2581,146],"authors":[],"class_list":["post-18027","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-bn","tag-dun","tag-kerusi","tag-pas","tag-terengganu","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18027","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18027"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18027\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18028,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18027\/revisions\/18028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8830"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18027"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}