{"id":18029,"date":"2026-11-16T08:11:02","date_gmt":"2026-11-16T08:11:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18029"},"modified":"2026-11-16T08:11:02","modified_gmt":"2026-11-16T08:11:02","slug":"tipu-selebriti-urusan-hartanah-lelaki-dipenjara-setahun-dan-dua-sebatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tipu-selebriti-urusan-hartanah-lelaki-dipenjara-setahun-dan-dua-sebatan\/","title":{"rendered":"Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang lelaki yang sebelum ini disyaki menyamar sebagai juruiring Raja Muda Selangor dihukum penjara setahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menipu seorang selebriti lelaki dalam urusan pembelian hartanah membabitkan RM30,000.<\/p>\n<p>Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh terhadap dua pertuduhan menipu.<\/p>\n<p>Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan secara bersama.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama memperdaya seorang selebriti lelaki menerusi tawaran pembelian aset hartanah sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM30,000.<\/p>\n<p>Wang berkenaan dipindahkan menerusi dua transaksi kredit ke akaun bank milik Al Zulfadly pada 10 dan 12 Mei 2024 di Jalan Wangsa Delima 11, Wangsa Maju.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Al Zulfadly.<\/p>\n<p>Peguam Mohd Ridzwan Warisi yang mewakili lelaki itu bagaimanapun merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman minimum dari tarikh tangkap atas alasan perlu menanggung ibunya selain sudah mengaku bersalah dan menjimatkan masa mahkamah.<\/p>\n<p>Sementara itu, peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Nurul Nur Syahirah memohon jaminan minimum kerana anak guamnya tidak bekerja dan masih ditanggung ibu bapanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan wanita itu berdepan beberapa pertuduhan lain di mahkamah berasingan, termasuk di Mahkamah Majistret Shah Alam dan Klang serta Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurutnya, bapa tertuduh yang merupakan pesara sudah membayar jaminan bagi dua kes terdahulu.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian membenarkan Nurul Nur Syahirah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<p>Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Disember ini bagi penyerahan dokumen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang lelaki yang sebelum ini disyaki menyamar sebagai juruiring Raja Muda Selangor dihukum penjara setahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menipu seorang selebriti lelaki dalam urusan pembelian hartanah membabitkan RM30,000. Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh terhadap dua pertuduhan menipu. Mahkamah memerintahkan kedua-dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5668,1465,5665,5667,5666],"authors":[],"class_list":["post-18029","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-al-zulfadly-alias","tag-hartanah","tag-juruiring","tag-majistret-amirul-asyraf-abdul-rasid","tag-raja-muda-selangor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18029","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18029"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18030,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18029\/revisions\/18030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18029"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}