{"id":18031,"date":"2026-11-16T08:15:34","date_gmt":"2026-11-16T08:15:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18031"},"modified":"2026-11-16T08:15:34","modified_gmt":"2026-11-16T08:15:34","slug":"kalah-prn-melaka-bukan-pengakhiran-perjuangan-mohamad-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kalah-prn-melaka-bukan-pengakhiran-perjuangan-mohamad-sabu\/","title":{"rendered":"Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan alasan untuk Parti Amanah menghentikan perjuangan politik, sebaliknya prinsip dan idealisme perlu terus dipertahankan meskipun gagal memperoleh kemenangan.<\/p>\n<p>Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu menerima keputusan PRN Melaka dengan hati terbuka kerana dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak menentukan pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kemenangan dalam pilihan raya tidak semestinya bermaksud sesuatu perjuangan itu berjaya, terutama jika prinsip dan pendirian politik dikorbankan demi mendapatkan kuasa.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mungkin tidak bersetuju dengan pilihan tersebut, tetapi kita kena menerimanya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita boleh kehilangan jawatan. Kita boleh kalah dalam pilihan raya. Tetapi apabila kita mengorbankan prinsip untuk mendapatkan kuasa, ketika itulah kita sebenarnya telah kalah dalam perjuangan,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka, Amanah yang bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) gagal memenangi sebarang kerusi daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>PH hanya memperoleh empat kerusi yang kesemuanya dimenangi calon DAP, manakala PKR turut gagal mencatat sebarang kemenangan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohamad berkata, politik berasaskan sentimen kaum dan agama mungkin mampu mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun pendekatan itu tidak semestinya kekal sepanjang masa.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan perubahan pemikiran masyarakat akan menyebabkan pengundi semakin menilai kemampuan pemimpin, dasar yang ditawarkan, integriti serta keupayaan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Rakyat boleh berubah. Pemikiran masyarakat boleh berkembang. Mereka tidak semestinya selama-lamanya terikat dengan sentimen keturunan, warna kulit atau agama,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata Amanah dan PH perlu terus membuktikan politik berasaskan keadilan, integriti serta khidmat kepada rakyat merupakan pendekatan lebih baik untuk membina masa depan negara.<\/p>\n<p>Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, kemenangan yang diperoleh melalui eksploitasi ketakutan serta sentimen tidak membawa makna jika rakyat terus berdepan pentadbiran lemah dan tidak amanah.<\/p>\n<p>&#8220;Perjuangan kita bukan untuk memastikan orang tertentu terus berkuasa, tetapi untuk memastikan negara ini terus dipimpin dengan adil dan amanah.<\/p>\n<p>&#8220;Itulah tanggungjawab yang mesti kita pertahankan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kegagalan Amanah dan PKR memenangi sebarang kerusi dalam PRN Melaka menjadi cabaran besar kepada PH untuk menilai semula kekuatan sokongan pengundi serta pendekatan politiknya menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan alasan untuk Parti Amanah menghentikan perjuangan politik, sebaliknya prinsip dan idealisme perlu terus dipertahankan meskipun gagal memperoleh kemenangan. Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu menerima keputusan PRN Melaka dengan hati terbuka kerana dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak menentukan pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir kerajaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,210,2345,633,103],"authors":[],"class_list":["post-18031","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-kalah","tag-mohamad-sabu","tag-pilihan-raya","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18031","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18031"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18031\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18032,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18031\/revisions\/18032"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18031"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}