{"id":18038,"date":"2026-11-16T11:30:25","date_gmt":"2026-11-16T11:30:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18038"},"modified":"2026-11-16T17:13:01","modified_gmt":"2026-11-16T17:13:01","slug":"malaysia-kekal-kerusi-majlis-itu-raih-145-undi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-kekal-kerusi-majlis-itu-raih-145-undi\/","title":{"rendered":"Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia berjaya mempertahankan kerusi dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027 hingga 2030 selepas memperoleh 145 undi dalam pemilihan sempena Persidangan Plenipotensiari ITU 2026 (PP-26) di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Kemenangan itu membolehkan Malaysia terus memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan sektor telekomunikasi dan digital di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran berkata, kejayaan mengekalkan kerusi berkenaan amat bermakna kerana Malaysia dapat terus menyuarakan pandangan serta berkongsi pengalaman dengan negara anggota lain.<\/p>\n<p>\u201cKeberhasilan mengekalkan kerusi dengan meraih 145 undi ini membuka ruang lebih luas untuk Malaysia menyumbang kepada perkembangan sektor telekomunikasi dan digital global.<\/p>\n<p>\u201cYang penting, kita mempunyai suara pada peringkat antarabangsa dan dapat berkongsi pengalaman dengan negara lain supaya kita boleh belajar bersama-sama,\u201d katanya selepas pengumuman keputusan pemilihan anggota Majlis ITU di sini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Malaysia akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama sepanjang penggal empat tahun itu, iaitu memperkukuh kesalingoperasian serta membina kepercayaan dalam ekosistem digital.<\/p>\n<p>Menurutnya, kedua-dua aspek berkenaan penting bagi memastikan pembangunan teknologi digital global dapat dilaksanakan secara lebih selamat, inklusif dan berkesan.<\/p>\n<p>Malaysia juga bersedia berkongsi pengalaman serta kejayaan pelaksanaan inisiatif domestik seperti program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk dijadikan rujukan negara anggota ITU yang lain.<\/p>\n<p>Mano turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Luar serta Kedutaan Besar Malaysia di Doha atas usaha mempertahankan kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menghargai sokongan syarikat telekomunikasi tempatan yang membantu menjayakan kempen pencalonan Malaysia.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Malaysia menjadi anggota ITU sejak 1958 dan terus terlibat secara aktif dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang telekomunikasi serta memperluas keterangkuman digital.<\/p>\n<p>Pengekalan kerusi itu juga memberi peluang kepada Malaysia untuk terus memperjuangkan kepentingan negara membangun dalam perbincangan berkaitan dasar, standard dan pembangunan teknologi komunikasi global. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia berjaya mempertahankan kerusi dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027 hingga 2030 selepas memperoleh 145 undi dalam pemilihan sempena Persidangan Plenipotensiari ITU 2026 (PP-26) di sini, hari ini. Kemenangan itu membolehkan Malaysia terus memainkan peranan dalam menentukan hala tuju pembangunan sektor telekomunikasi dan digital di peringkat antarabangsa. Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17707,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1763,5549,696,690,16],"authors":[],"class_list":["post-18038","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-global","tag-itu-pp","tag-keahlian","tag-kementerian-komunikasi","tag-mcmc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18038","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18038"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18038\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18039,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18038\/revisions\/18039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17707"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18038"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}