{"id":18059,"date":"2026-11-17T02:39:07","date_gmt":"2026-11-17T02:39:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18059"},"modified":"2026-11-17T02:39:07","modified_gmt":"2026-11-17T02:39:07","slug":"premium-rm1000-demi-selamatkan-bangunan-warisan-klscah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/premium-rm1000-demi-selamatkan-bangunan-warisan-klscah\/","title":{"rendered":"Premium RM1,000 demi selamatkan bangunan warisan KLSCAH"},"content":{"rendered":"<p>Penetapan premium tanah sebanyak RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dibuat bagi memastikan bangunan berusia 103 tahun itu terus dipelihara sebagai warisan sejarah ibu negara.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kadar premium itu mengambil kira keputusan KLSCAH menukar status tanah berkenaan kepada tanah institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium atau pusat beli-belah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindakan itu penting bagi memastikan bangunan yang diwartakan sebagai bangunan warisan pada 2007 tersebut dapat terus dikekalkan untuk generasi akan datang.<\/p>\n<p>Menurutnya, KLSCAH turut berdepan tekanan kewangan apabila mencatatkan defisit operasi kira-kira RM400,000 setahun berikutan peningkatan kos penyelenggaraan, keadaan struktur bangunan yang semakin berusia serta keperluan menaik taraf kemudahan keselamatan dan teknikal.<\/p>\n<p>\u201cKenapa RM1,000 sahaja? Sebab KLSCAH rela menukar status tanah kepada tanah institusi yang hilang potensi pembangunan tinggi seperti kondominium atau pusat beli-belah,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Hannah turut menolak dakwaan kononnya kerajaan kehilangan hasil negara kerana tidak mengenakan premium tanah sehingga RM4 juta, sambil menjelaskan kadar bayaran bergantung kepada syarat dan potensi kegunaan tanah.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan kritikan terhadap keputusan itu sebagai cubaan memainkan sentimen politik, termasuk mengaitkannya dengan isu kutipan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).<\/p>\n<p>Katanya, setiap jenis bayaran mempunyai tujuan dan penerima berbeza, termasuk premium tanah yang dibayar kepada kerajaan, cukai tanah kepada pejabat tanah, manakala cukai taksiran pula kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hannah menegaskan kerajaan tidak hanya memberikan perhatian kepada institusi tertentu, sebaliknya turut membantu golongan peniaga dan masyarakat di ibu negara tanpa mengira kaum atau agama.<\/p>\n<p>Beliau berkata, DBKL sebelum ini memberikan diskaun sewa sebanyak 50 peratus kepada kira-kira 10,000 peniaga di Kuala Lumpur untuk tempoh dua tahun.<\/p>\n<p>Malah, kadar sewaan tapak bazar Ramadan di ibu negara turut ditetapkan serendah RM400 bagi setiap lot sepanjang musim berkenaan.<\/p>\n<p>Hannah turut membangkitkan usaha pemuliharaan bangunan bersejarah lain seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara yang menurutnya memerlukan komitmen kerajaan serta peruntukan besar.<\/p>\n<p>\u201cKalau mereka faham, dah lama mereka naik taraf dan jaga Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu premium tanah KLSCAH mencetuskan perdebatan apabila keputusan mengenakan bayaran RM1,000 itu dibandingkan dengan dakwaan nilai premium yang sepatutnya mencecah RM4 juta.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerajaan mempertahankan keputusan tersebut atas alasan perubahan status tanah kepada kegunaan institusi bertujuan mengekalkan fungsi dan nilai sejarah bangunan berkenaan, bukan untuk pembangunan komersial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penetapan premium tanah sebanyak RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dibuat bagi memastikan bangunan berusia 103 tahun itu terus dipelihara sebagai warisan sejarah ibu negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kadar premium itu mengambil kira keputusan KLSCAH menukar status tanah berkenaan kepada tanah institusi, sekali gus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7240,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[152,5673,350,5674,5675,1699,908],"authors":[],"class_list":["post-18059","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dbkl","tag-dewan-perhimpunan-cina-kuala-lumpur-dan-selangor","tag-hannah-yeoh","tag-klscah","tag-premium","tag-tanah","tag-wilayah-persekutuan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18059","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18059"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18060,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18059\/revisions\/18060"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7240"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18059"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}