{"id":18072,"date":"2026-11-17T06:54:00","date_gmt":"2026-11-17T06:54:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18072"},"modified":"2026-11-17T06:54:00","modified_gmt":"2026-11-17T06:54:00","slug":"pkr-jangan-kelirukan-isu-klscah-dengan-sewa-ppr-akmal-dibidas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-jangan-kelirukan-isu-klscah-dengan-sewa-ppr-akmal-dibidas\/","title":{"rendered":"PKR: Jangan kelirukan isu KLSCAH dengan sewa PPR, Akmal dibidas"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang mencabar Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh supaya menjelaskan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersedia memansuhkan bayaran sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sekiranya kembali menerajui Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Akmal tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mengaitkan pengurangan premium tanah bangunan warisan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan tindakan penguatkuasaan terhadap penyewa perumahan awam di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).<\/p>\n<p>Menurutnya, kedua-dua perkara itu mempunyai tujuan, dasar dan tanggungjawab berbeza, justeru tidak wajar dibandingkan semata-mata untuk menyerang kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan kerana mahu meraih perhatian politik, beliau sanggup mengelirukan rakyat,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Chang berkata, Kerajaan Madani komited memelihara warisan negara menerusi peruntukan RM600 juta bagi kerja penyelenggaraan dan naik taraf bangunan bersejarah termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara.<\/p>\n<p>Katanya, pengurangan premium tanah KLSCAH pula mengambil kira status bangunan berkenaan sebagai bangunan warisan yang diwartakan sejak 2007, selain sekatan penggunaan tanah bagi tujuan institusi.<\/p>\n<p>&#8220;Ia bukan pemberian diskaun sewenang-wenangnya. Premium tanah bangunan warisan sememangnya berbeza daripada tanah komersial atau kediaman,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau menjelaskan bayaran sewa perumahan awam mempunyai kaitan dengan tanggungjawab penyewa serta pengurusan perumahan bagi memastikan kemudahan itu terus dapat dinikmati golongan yang memerlukan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Chang mencabar Akmal menyatakan secara terbuka sama ada BN dan PN bersedia memberikan pengecualian bayaran sewa kepada semua penghuni perumahan awam dan PPR jika diberi mandat membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Malah, beliau berkata, Akmal tidak perlu menunggu sehingga BN-PN mengambil alih kerajaan Persekutuan untuk membuktikan kesungguhan melaksanakan cadangan berkenaan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, dasar itu boleh dimulakan di negeri-negeri yang ditadbir BN dan PN sebagai bukti ia bukan sekadar janji politik.<\/p>\n<p>&#8220;Tunjukkan dasar tersebut benar-benar boleh dilaksanakan dan bukan sekadar modal politik. Rakyat mahu melihat penyelesaian yang nyata, bukannya kenyataan populis tanpa pelan pelaksanaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Chang turut menegaskan usaha menjaga kebajikan rakyat dan memelihara bangunan warisan bukan dua perkara yang saling bercanggah kerana kedua-duanya boleh dilaksanakan melalui dasar bersesuaian.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan Akmal supaya mengemukakan cadangan membina dan membuktikan komitmen membela rakyat melalui tindakan, bukannya sekadar retorik politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang mencabar Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh supaya menjelaskan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersedia memansuhkan bayaran sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sekiranya kembali menerajui Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, Akmal tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mengaitkan pengurangan premium tanah bangunan warisan Dewan Perhimpunan Cina [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[338,152,3031,5674,4903,171,153,5675,146],"authors":[],"class_list":["post-18072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-chang-lih-kang","tag-dbkl","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-klscah","tag-naib-presiden-pkr","tag-pemuda","tag-ppr","tag-premium","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18073,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18072\/revisions\/18073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18072"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}