{"id":1808,"date":"2025-07-26T07:50:31","date_gmt":"2025-07-26T07:50:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1808"},"modified":"2025-07-26T07:50:31","modified_gmt":"2025-07-26T07:50:31","slug":"pmx-perjelas-tidak-langkau-kuasa-peguam-negara-tiada-tindakan-terhadap-dr-m","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-perjelas-tidak-langkau-kuasa-peguam-negara-tiada-tindakan-terhadap-dr-m\/","title":{"rendered":"PMX perjelas tidak langkau kuasa Peguam Negara, tiada tindakan terhadap Dr M"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung tiada tindakan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh kerana tidak mahu melangkaui kuasa Peguam Negara.<\/p>\n<p>Perdana Menteri mengulas berhubung tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang membawa usul untuk merujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh.<\/p>\n<p>&#8220;Itu dia ikut proses sebab dia tak baca lagi laporan suruhanjaya laporan pasukan khas yang mengusulkan supaya laporan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir kerana pengkhianatan terhadap negara dan tindakan susulan diambil.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi saya tidak melangkau keputusan Peguam Negara. Keputusan Kabinet, saya sudah melihat misalnya walaupun kesalahan pengkhianatan itu besar tapi melihat kepada suasana dan keadaan Tun, kita mengusulkan tak perlu ambil tindakan.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi keputusan mendakwa itu tak sampai kerana siasatan tidak dilakukan,&#8221; katanya semasa ditanya selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahasa Piala Perdana Menteri Ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Khamis lalu, Takiyuddin dilaporkan membawa usul untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri berhubung isu Pulau Batu Puteh, Selasa lalu.<\/p>\n<p>Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), berkata usul itu adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Batu Puteh dalam rundingan antara Malaysia dan Indonesia membabitkan proses rundingan isu persempadanan maritim Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi.<\/p>\n<p>Beliau dijangka menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini, yang antara lain membincangkan berkenaan Laut Sulawesi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata isu berkenaan persempadanan di Laut Sulawesi dibangkitkan dalam pertemuan beliau bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang mencadangkan penyelesaian secara bersama dalam semangat negara sahabat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung tiada tindakan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh kerana tidak mahu melangkaui kuasa Peguam Negara. Perdana Menteri mengulas berhubung tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang membawa usul untuk merujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung isu Suruhanjaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1045,459,342,18,828],"authors":[],"class_list":["post-1808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-batu-puteh","tag-dr-mahathir","tag-peguam-negara","tag-pmx","tag-rci"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1809,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1808\/revisions\/1809"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1808"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}