{"id":18098,"date":"2026-11-17T14:10:36","date_gmt":"2026-11-17T14:10:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18098"},"modified":"2026-11-17T14:10:36","modified_gmt":"2026-11-17T14:10:36","slug":"amk-pantun-ahmad-maslan-biadab-patut-letak-jawatan-terus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-pantun-ahmad-maslan-biadab-patut-letak-jawatan-terus\/","title":{"rendered":"AMK: Pantun Ahmad Maslan biadab, patut letak jawatan terus"},"content":{"rendered":"<p>Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi sehaluan dengan pendirian Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menyifatkan pantun berunsur sindiran yang disampaikan Ahmad ketika persidangan Dewan Rakyat sebagai tindakan biadab, terutama apabila ia membabitkan rakan parti yang turut berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut Muhammad Kamil, Ahmad sebagai sebahagian daripada kepimpinan kerajaan sepatutnya menghormati persefahaman politik yang menjadi asas pembentukan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi saya, itu satu tindakan yang biadab. Kalau dia ada prinsip, dia ada maruah, dia perlu undur diri sebagai Timbalan Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau tidak boleh lagi menerima realiti Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri dan tidak boleh bersama-sama menjayakan agenda kerajaan, mereka perlu mengundur diri dengan terhormat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kesyukuran Bersama Penduduk Medan Klebang Prima di sini, Selasa.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, mana-mana pemimpin yang tidak lagi menghormati persefahaman pembentukan kerajaan tidak wajar terus memegang jawatan dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>Katanya, sikap tidak konsisten seperti itu hanya menimbulkan persoalan mengenai komitmen pemimpin terhadap kerjasama politik yang dipersetujui sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau ada individu tertentu, tidak kisahlah daripada UMNO atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak suka, tinggalkanlah. Keluarlah, tidak perlu pegang apa-apa jawatan.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak ada gunanya menunjukkan sikap talam dua muka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui keputusan mengenai pelantikan atau penamatan jawatan anggota Kabinet merupakan hak prerogatif Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Ahmad menyelitkan pantun berunsur sindiran ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berhubung isu penghapusan tol di Dewan Rakyat pada 16 November lalu.<\/p>\n<p>Ketika menjawab perkara itu, Ahmad turut menyentuh beberapa janji politik yang masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan isu tol.<\/p>\n<p>Insiden berkenaan mencetuskan reaksi politik susulan kedudukan Ahmad dalam kerajaan yang turut disertai parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Muhammad Kamil ketika mengulas gesaan supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Perak dan Pahang berkata, pihak yang yakin mempunyai kekuatan politik boleh meneruskan hasrat berkenaan.<\/p>\n<p>Namun, beliau berpandangan rakyat lebih berminat melihat pemimpin memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah mereka berbanding percaturan politik.<\/p>\n<p>Katanya, AMK akan terus memberi perhatian kepada agenda rakyat dan tidak mahu terheret dalam usaha menggugat kestabilan kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi sehaluan dengan pendirian Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menyifatkan pantun berunsur sindiran yang disampaikan Ahmad ketika persidangan Dewan Rakyat sebagai tindakan biadab, terutama apabila ia membabitkan rakan parti yang turut berada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14363,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[354,164,947,960,309,9,5669],"authors":[],"class_list":["post-18098","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-maslan","tag-amk","tag-dewan-rakyat","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-parlimen","tag-pkr","tag-timbalan-menteri-kerja-raya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18099,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18098\/revisions\/18099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14363"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18098"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}