{"id":18106,"date":"2026-11-18T02:14:20","date_gmt":"2026-11-18T02:14:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18106"},"modified":"2026-11-18T02:14:20","modified_gmt":"2026-11-18T02:14:20","slug":"apec-2026-anwar-tekankan-perdagangan-terbuka-kesalinghubungan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/apec-2026-anwar-tekankan-perdagangan-terbuka-kesalinghubungan\/","title":{"rendered":"APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penting pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 hari ini, dengan memberi penekanan kepada kepentingan perdagangan terbuka dan kesalinghubungan ekonomi serantau.<\/p>\n<p>Ucapan bertajuk &#8216;Rethinking Openness: Building Shared Prosperity in the Asia Pacific&#8217; itu dijangka menggariskan pendekatan bagi menangani cabaran ekonomi global, termasuk tekanan tarif perdagangan dan kenaikan harga minyak mentah.<\/p>\n<p>Anwar yang tiba di Shenzhen tengah malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 serta beberapa sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina, akan memulakan agenda rasminya di Qianhai International Conference Centre (QICC).<\/p>\n<p>Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC itu dijangka menghimpunkan lebih 2,000 peserta daripada kalangan pemimpin perniagaan, pelabur dan penggubal dasar.<\/p>\n<p>Selain Anwar, Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin turut dijadual menyampaikan ucapan pada platform berkenaan.<\/p>\n<p>Sebelum menyampaikan ucapan, Perdana Menteri akan menerima taklimat daripada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), badan yang berperanan menyampaikan pandangan sektor perniagaan kepada pemimpin ekonomi APEC berhubung isu perdagangan, pelaburan dan kerjasama serantau.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil syarikat teknologi dan tenaga, termasuk Fastprint, Sion serta China General Nuclear Power Group (CGN).<\/p>\n<p>Beliau kemudiannya akan menghadiri Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).<\/p>\n<p>Duta Besar Malaysia ke China, Norman Muhamad sebelum ini menyifatkan dialog berkenaan penting untuk mengekalkan momentum hubungan ekonomi kedua-dua negara, khususnya dalam memperluas perdagangan, pelaburan dan meneroka peluang kerjasama baharu.<\/p>\n<p>Pada sebelah malam, Anwar akan menghadiri jamuan keraian dan persembahan kebudayaan sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Shenzhen International Communication Centre (SICC), yang menghimpunkan pemimpin serta wakil daripada 21 ekonomi anggota APEC.<\/p>\n<p>Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.<\/p>\n<p>Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat APEC ke-33 yang dihoskan China itu dilihat sebagai peluang memperkukuh hubungan ekonomi dengan rakan serantau dan antarabangsa, selain membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, teknologi dan pelaburan.<\/p>\n<p>Mesyuarat tahun ini membawa tema &#8216;Membina Komuniti Asia-Pasifik untuk Mencapai Kemakmuran Bersama&#8217;, ketika rantau berkenaan berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan landskap perdagangan antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penting pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 hari ini, dengan memberi penekanan kepada kepentingan perdagangan terbuka dan kesalinghubungan ekonomi serantau. Ucapan bertajuk &#8216;Rethinking Openness: Building Shared Prosperity in the Asia Pacific&#8217; itu dijangka menggariskan pendekatan bagi menangani cabaran ekonomi global, termasuk tekanan tarif [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18022,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2243,189,5688,38,1212],"authors":[],"class_list":["post-18106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-apec","tag-china","tag-ekonomi-asia-pasifik","tag-malaysia","tag-xi-jinping"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18107,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18106\/revisions\/18107"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18022"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}