{"id":18108,"date":"2026-11-18T02:17:51","date_gmt":"2026-11-18T02:17:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18108"},"modified":"2026-11-18T02:17:51","modified_gmt":"2026-11-18T02:17:51","slug":"aminuddin-jangan-heret-institusi-adat-dalam-kemelut-politik-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aminuddin-jangan-heret-institusi-adat-dalam-kemelut-politik-umno\/","title":{"rendered":"Aminuddin: Jangan heret institusi adat dalam kemelut politik UMNO"},"content":{"rendered":"<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak sepatutnya melibatkan institusi adat negeri itu kerana ia perlu dihormati dan tidak dijadikan medan menyelesaikan kepentingan politik mana-mana parti.<\/p>\n<p>Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, tindakan UMNO mengumumkan peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai Menteri Besar ketika proses menghadap Yang di-Pertuan Besar belum selesai menimbulkan persoalan mengenai adab dan tatacara yang sepatutnya dipatuhi.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Besar bagi mendapatkan perkenan baginda sebelum sebarang pengumuman dibuat.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya perkara paling penting bagi seorang ketua negeri adalah memaklumkan ataupun memberitahu serta menghadap Yang di-Pertuan Besar terlebih dahulu untuk mendapat perkenan baginda. Barulah perkara tersebut dibincangkan,\u201d katanya menurut laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu juga boleh dibuat dengan lebih tertib bagi mengelakkan keadaan yang boleh mengaibkan pihak terlibat.<\/p>\n<p>\u201cSebagai seorang yang dilantik menjadi Menteri Besar, sepatutnya dipanggil beliau dan buat sidang akhbar bersama supaya tidak mengaibkan sahabat kita tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aminuddin turut menyifatkan perkembangan politik yang berlaku secara mendadak itu sebagai sesuatu yang mengejutkan, terutama apabila kepimpinan UMNO di peringkat pusat dilihat mendahului proses yang sepatutnya berlaku di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa, tindakan berkenaan mencerminkan kelemahan komunikasi antara kepimpinan parti di peringkat pusat dengan negeri, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak sangka ia berlaku sebegini cepat kerana kita sedia maklum dan nampak pada hari ini pihak UMNO di peringkat Persekutuan mendahului apa yang sepatutnya berlaku di peringkat negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, kepentingan politik di peringkat pusat tidak seharusnya mengatasi keperluan menjaga keharmonian pentadbiran negeri serta menghormati institusi adat.<\/p>\n<p>\u201cInilah yang menyebabkan apa yang berlaku di Negeri Sembilan hari ini kerana pimpinan di peringkat pusat mempunyai agenda masing-masing berbanding di peringkat negeri. Akhirnya, perkara ini mengucar-ngacirkan pentadbiran kerajaan negeri yang ada pada hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus susulan perkembangan berkaitan kedudukan Ismail, apabila BN mengumumkan peletakan jawatannya ketika proses menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan masih menjadi perhatian.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hubungan antara kepimpinan parti politik, pentadbiran kerajaan negeri dan peranan institusi adat dalam urusan berkaitan pelantikan serta kedudukan Menteri Besar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak sepatutnya melibatkan institusi adat negeri itu kerana ia perlu dihormati dan tidak dijadikan medan menyelesaikan kepentingan politik mana-mana parti. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, tindakan UMNO mengumumkan peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai Menteri Besar ketika proses menghadap Yang di-Pertuan Besar belum selesai menimbulkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3769,3686,4644,1154,9,2111,146],"authors":[],"class_list":["post-18108","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adat","tag-aminuddin-harun","tag-ismail-lasim","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-raja","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18108","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18108"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18108\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18109,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18108\/revisions\/18109"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18108"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18108"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18108"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18108"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}