{"id":1812,"date":"2025-07-26T08:04:04","date_gmt":"2025-07-26T08:04:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1812"},"modified":"2025-07-26T08:04:04","modified_gmt":"2025-07-26T08:04:04","slug":"tengku-zafrul-jawab-pengkritik-tuduh-potensi-pelaburan-tak-nampak-hasil-buta-mata-hati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tengku-zafrul-jawab-pengkritik-tuduh-potensi-pelaburan-tak-nampak-hasil-buta-mata-hati\/","title":{"rendered":"Tengku Zafrul jawab pengkritik: \u2018Tuduh potensi pelaburan tak nampak hasil buta mata, hati\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjawab pengkritik yang mendakwa pengumuman potensi pelaburan hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke luar negara tidak membuahkan hasil.<\/p>\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata sejak kerajaan perpaduan memerintah dari 2023 hingga suku pertama tahun ini, sebanyak 2,198 projek perkilangan berjaya diluluskan dengan 84.2 peratus atau 1,849 projek sudah dilaksanakan.<\/p>\n<p>Tambah beliau, antara projek yang sedang berjalan kini termasuk Gul Technologies yang mana potensi pelaburannya diumumkan semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan ke China pada 2024.<\/p>\n<p>Jelas beliau, kilang Gul Technologies itu kini sedang dibina di Kulim, Kedah dengan pelaburan RM350 juta bagi Fasa 1 dan dijangka mewujudkan sebanyak 350 pekerjaan untuk rakyat tempatan.<\/p>\n<p>Lebih menarik, tambahnya, syarikat itu juga sedang menjalinkan kerjasama dengan Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd, anak syarikat kepada KTPC yang berperanan melatih bakat-bakat muda.<\/p>\n<p>\u201cMelalui kerjasama ini, syarikat akan menggaji 100 juruteknik tempatan yang bakal dihantar ke China untuk menjalani latihan,\u201d katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.<\/p>\n<p>Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, sebuah lagi syarikat yang diumumkan potensinya semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan ke luar negara ialah EDA yang telah melabur sehingga RM100 juta di Jasin, Melaka.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, ujar beliau, EDA adalah projek yang potensinya diumumkan semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Itali pada 2024.<\/p>\n<p>Tambahnya, EDA juga mempunyai 150 vendor dalam kalangan syarikat tempatan, sekali gus bermaksud bukan sahaja mewujudkan pekerjaan di fasiliti mereka, malah menyokong pekerja Malaysia di 150 syarikat tempatan.<\/p>\n<p>\u201cJadi siapa yang kata potensi pelaburan tu tak nampak hasilnya, sama ada dia buta mata atau buta hati.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah saya akan kongsi lagi pelaksanaan pelaburan yang diluluskan dari semasa ke semasa! Dari potensi, kita jadikan realiti!\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjawab pengkritik yang mendakwa pengumuman potensi pelaburan hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke luar negara tidak membuahkan hasil. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata sejak kerajaan perpaduan memerintah dari 2023 hingga suku pertama tahun ini, sebanyak 2,198 projek perkilangan berjaya diluluskan dengan 84.2 peratus atau 1,849 projek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1048,740,367,504,18,355],"authors":[],"class_list":["post-1812","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-eda","tag-itali","tag-miti","tag-pelaburan","tag-pmx","tag-tengku-zafrul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1812","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1812"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1812\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1813,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1812\/revisions\/1813"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1812"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1812"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1812"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1812"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}